Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

PLKN 3.0: Pelatih Siri 1 Tamat Latihan, Diberi Pendedahan Bidang TVET Dan Industri – Adly

Pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 Siri 1/2025 telah diberi pendedahan terhadap peranan penting bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dalam membentuk masa depan generasi muda.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, program tersebut bukan sahaja membentuk jati diri peserta sebagai bakal pemimpin negara, tetapi turut membuka peluang kepada mereka untuk meneroka bidang TVET sebagai pilihan kerjaya masa hadapan.

Diberi pendedahan bidang TVET

Diberi pendedahan bidang TVET

Foto: Berita RTM

“Saya dimaklumkan  saudara saudari telah didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran berdasarkan modul kenegaraan dan asas ketenteraan. Di samping itu, pendedahan mengenai pilihan kerjaya masa hadapan meliputi bidang TVET dan industri, badan beruniform dan sukarela juga telah diberikan.
“Oleh itu, wira muda sekalian perlu meneruskan langkah yang terarah untuk memastikan pilihan yang dibuat adalah tepat dan serasi dengan jiwa dan kebolehan masing-masing,” katanya.
Diberi pendedahan bidang TVET

Foto: Bernama

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Tamat Latihan PLKN 3.0 bagi siri 1/2025 di Kem Rejimen 515 Askar Wataniah ((515 AW) Kuala Lumpur hari ini.

Semua pelatih diberi pendedahan bidang TVET

Untuk makluman, PLKN 3.0 siri pertama ini melibatkan seramai 116 peserta terdiri daripada 73 pelatih lelaki dan 43 pelatih wanita berusia di antara 18 hingga 25 tahun yang telah menjalani latihan selama 45 hari bermula 12 Januari lalu.

Artikel lain: Tiada Cadangan Perkenal Model Elaun Peserta PLKN 3.0 – MINDEF

Advertisement. Scroll to continue reading.
Diberi pendedahan bidang TVET

Foto: Berita RTM

Sementara itu, Adly mengucapkan tahniah kepada semua pelatih yang kini bergelar alumni selepas berjaya menamatkan latihan asas PLKN 3.0 yang menjadi dasar pembentukan jati diri sebagai seorang bakal pemimpin selain kerjasama oleh semua pihak kementerian serta agensi terbabit.

“Saya juga ingin menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih / kepada ibu bapa dan penjaga yang telah memberi restu kepada wira muda / untuk menyertai PLKN 3.0 Siri pertama ini. Sesungguhnya pengorbanan tersebut amat dipandang tinggi.
“Saya amat berbangga bahawa PLKN siri 1/2025 ini telah dilaksanakan dengan jayanya, berkat kerjasama semua pihak di Kementerian Pertahanan (MINDEF) dengan penglibatan merentasi agensi dan jabatan lain.
“Terima kasih dan syabas kepada semua yang telah menyumbang bakti bagi menjayakan agenda nasional ini. Tahniah kepada komandan, jurulatih, kumpulan pembina modul, pensyarah dan kakitangan Rejimen 515 Askar Wataniah kerana telah berjaya mentransformasikan wira muda menjadi tunas-tunas pemimpin mengikut acuan yang telah ditetapkan,” ujarnya.

PLKN diperkenalkan pada Disember 2003 sebagai program latihan selama tiga bulan yang merangkumi modul fizikal, kenegaraan, pembinaan karakter, dan khidmat komuniti. Program ini melibatkan antara 85,000 hingga 95,000 pelatih setiap tahun dengan perbelanjaan purata sekitar RM600 juta setahun.

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang lelaki warga emas dipercayai sudah tiga hari tidak keluar ditemui meninggal dunia di sebuah rumah kedai dihuninya. Penemuan jasad itu mengejutkan orang ramai...

Lokal

Kerajaan Pahang nafi langgar perintah mahkamah dan ia sekaligus menyangkal dakwaan Save Musang King Alliance (SAMKA) yang menyatakan bahawa kerajaan negeri telah melanggar perintah...

Lokal

TYMBA Education Group dilantik secara rasmi sebagai Institusi Pembelajaran dan Latihan Diluluskan (ALTI) oleh Yayasan Peneraju di bawah Skim Pembiayaan Baharu, khusus bagi kelayakan...

Sosial

Pendedahan yang dibuat oleh akaun Malaysia Fight League (MFL) berkenaan tindakan pengurus rumah anak yatim disyaki kurung dan memberi makanan rosak kepada penghuni telah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd