Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Denda Diketepikan, Lelaki Tendang Warga Emas Dipenjara

Seorang lelaki yang sebelum ini didenda RM5,500 kerana mencederakan seorang warga emas dalam insiden kemalangan di Jalan Cheras–Hulu Langat dua minggu lalu, kini dijatuhi hukuman penjara empat bulan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Rabu.

Menurut laporan Sinar Harian, Saiful Adli Yusof, 52, menerima hukuman tersebut selepas Hakim Datuk Aslam Zainuddin mengetepikan keputusan Mahkamah Majistret Kajang bertarikh 10 Februari lalu yang hanya mengenakan denda.

Foto: Sinar Harian

Dalam prosiding semakan hukuman itu, Aslam menyifatkan perbuatan tertuduh sebagai tidak wajar dan memberi kesan serius.

Beliau turut memaklumkan bahawa mahkamah menggunakan peruntukan Seksyen 323 Kanun Tatacara Jenayah (CPC) bagi memanggil semula dan menyemak keputusan kes berkenaan.

Keputusan denda oleh Mahkamah Majistret Kajang diketepikan dan kamu dihukum penjara empat bulan bagi setiap pertuduhan.
“Kedua-dua hukuman penjara berjalan serentak bermula hari ini,” katanya.

Pada 10 Februari lalu, Majistret Fatin Dayana Jalil menjatuhkan hukuman denda terhadap Saiful Adli selepas lelaki itu mengaku bersalah atas dua pertuduhan, iaitu mencederakan serta mengugut mahu membunuh seorang warga emas, Liew Khoon Foo, 70.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Bernama

Bagi pertuduhan pertama, peniaga berusia 52 tahun itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap mangsa dengan menumbuk dan menendang bahagian muka serta badan Khoon Foo.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, bapa kepada empat anak itu didakwa melakukan ugutan jenayah terhadap mangsa sama dengan mengancam mahu menyebabkan kematian, di lokasi dan pada waktu kejadian yang sama.

Foto: Media sosial

Pertuduhan tersebut dikemukakan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Dalam prosiding berkenaan, Khoon Foo membacakan pernyataan impak mangsa dalam bahasa Mandarin.

Dia memaklumkan bahawa insiden itu menyebabkan dirinya trauma, takut untuk keluar rumah dan tidak lagi berani memandu. Akibat dipukul serta ditendang, mangsa turut menerima enam jahitan pada lidah sehingga menyukarkannya untuk makan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya tiada niat atau sengaja melanggar keretanya, mungkin faktor usia menyebabkan kejadian itu berlaku.
“Saya takut dia menyimpan dendam dan mencari saya semula jadi saya rayu dia dikenakan hukuman setimpal,” ujar Khoon Foo.

Bagaimanapun, peguam Muhammad Syakir Haznal yang mewakili Saiful memaklumkan bahawa anak guamnya tidak terus menyerang mangsa, sebaliknya terlebih dahulu mengetuk pintu kenderaan sebelum berbincang.

Menurutnya, ketika didakwa di Mahkamah Majistret Kajang, Saiful mengaku bersalah pada hari pertama prosiding dan kemudiannya dikenakan denda yang disifatkan tinggi.

Sementara itu, Saiful yang berdiri di kandang tertuduh mengakui dia hilang pertimbangan selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire miliknya terlibat dalam pelanggaran.

“Kejadian itu menyebabkan anak saya yang baru berusia tiga hari terlepas daripada dukungan isteri. Saya sudah membunyikan hon tetapi dia terus memandu, termasuk melanggar lampu isyarat,” katanya.

Namun begitu, Timbalan Pendakwa Raya Shahrul Ekhsan Hasim berhujah bahawa rakaman video yang tular jelas memperlihatkan tertuduh bertindak agresif apabila menendang dan menumbuk mangsa, malah turut mengepit warga emas itu pada pintu kenderaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Sinar Harian (Noor Azlida Alimin)

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) melaksanakan operasi penguatkuasaan dikenali sebagai Operasi Penguatkuasaan Hutan Bersepadu (Ops Risi) di Hutan Simpan Kapar Tambahan, Kuala Selangor bagi...

Dunia

Kerajaan Wilayah Jakarta mengarahkan penutupan premis hiburan dan kehidupan malam di ibu kota sepanjang bulan Ramadan bagi menjaga ketenteraman awam serta memastikan suasana lebih...

Nasional

Inflasi Malaysia meningkat 1.6 peratus pada Januari 2026 dengan mata indeks naik kepada 135.7 berbanding 133.6 pada bulan sama tahun lalu, menurut Jabatan Perangkaan...

Sukan

Barcelona mengambil langkah proaktif dengan menyediakan pelan pemakanan khas bagi pemain muda mereka, Lamine Yamal, supaya beliau dapat menunaikan ibadah puasa sepanjang Ramadan tanpa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd