Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Demi Retainer Gigi Ratusan Ringgit, Remaja Sanggup Selongkar Sisa Makanan! – “Kali Kedua Hilang”

Seorang remaja perempuan sanggup bertindak menyelongkar plastik sampah yang dipenuhi dengan sisa makanan, hanya kerana mencari retainer iaitu alat pergigian yang biasanya dipakai selepas rawatan braces bagi mengekalkan kedudukan gigi supaya tidak kembali kepada masalah asal.

Demi retainer gigi!

Menerusi dua hantaran video di aplikasi TikTok, @shzanyli berkata, retainer berkenaan bernilai kira-kira RM650, malah ini adalah kali kedua dia berdepan insiden tersebut di kedai makan.

@shzanyli

penat cari retainer 🥰

♬ original sound – 🎶🎧

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam satu komen balas terhadap pengikutnya, gadis dipercayai masih bersekolah menengah itu menjelaskan bagaimana perkara tersebut boleh berlaku.

“Kalau makan kena buka (retainer), pastu kita pulak pergi balut dengan tisu. Tak masuk poket terus, selalu masukkan tapi tadi mood tak okey tu yang lupa, pastu terus balik tak teringat,” tulisnya pada Khamis.

https://www.tiktok.com/@shzanyli/video/7533209461977206024

Kedua-dua video dimuat naik memaparkan @shzanyli tidak menunjukkan reaksi geli, sebaliknya tekun menyelongkar beberapa plastik sampah sambil dirakam oleh seorang individu sehingga memaklumkan dia telah menemukan barang yang dicari.

Artikel lain: Akui Pernah Guna Pelaris, Elly Sugigi Dakwa Ramai Rakan Artis Pakai Susuk

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen bukan sahaja bersimpati, malah ada yang mengaku geli hati melihat tindakan remaja terbabit menyelongkar sisa makanan demi mencari retainer.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Minta sumbangan dik, tak sanggup tengok!

retainer

Beli baru je la

retainer

Rasa kasihan pula

 

retainer

Walaupun nampak remeh, kehilangan itu bukan sahaja merugikan wang ringgit malah boleh menjejaskan rawatan pergigian yang sedang dijalani.

Ramai menyarankan agar pelajar itu lebih berhati-hati pada masa akan datang, termasuk menggunakan bekas khas setiap kali menanggalkan retainer bagi mengelakkan kejadian berkenaan berulang.

Sumber: TikTok @shzanyli

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Seramai 500 hingga 800 keluarga dalam kalangan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka menerima manfaat menerusi pelaksanaan Program Cakna Autisme ATM yang diperkenalkan oleh...

Lokal

Ibu kepada bayi berusia tujuh bulan yang maut dalam kemalangan melibatkan motosikal dan kereta di simpang Jalan Bunga Kertas, Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada...

Lokal

Seorang lelaki R. Ganesalingam, 49, didakwa di Mahkamah Majistret Klang hari ini atas tuduhan membunuh seorang penembak bermotosikal dalam insiden di Kapar yang tular...

Lokal

Kerajaan Kelantan mengisytiharkan hari Khamis, 19 Mac sebagai cuti hari kelepasan am bagi seluruh negeri sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Menteri Besar...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd