Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Dakwah Spontan Lelaki Ini Buat Panglima 21 GGK Terharu – “Terima Kasih Ingatkan Saya”

Kisah dakwah ringkas dilakukan seorang lelaki kepada Panglima 21 Gerup Gerak Khas (21 GGK), Mejar Jeneral Datuk Ahmad Suhaimi Mat Wajab menjadi tular di platform Threads.

Panglima 21 GGK terharu!

Perkongsian itu dimuat naik oleh anak lelaki tersebut, menerusi akaun @izatnzri yang menceritakan tentang sikap bapanya yang sentiasa menjadikan setiap pertemuan sebagai ruang dakwah, walau dalam keadaan santai dan tanpa dirancang.

Panglima 21 GGK

Foto: Berita Tentera Darat Malaysia / Bapa kepada @izatnzri (dalam bulatan merah)

Menurut @izatnzri, bapanya menyampaikan peringatan secara ringkas dan bersahaja dengan menekankan keikhlasan dalam bekerja kerana Allah, kepentingan mendahulukan agama dalam kehidupan seharian serta keyakinan bahawa Allah sentiasa menyayangi hamba-hamba-Nya.

“Masa penutupan kursus Asas komando. Dia (ayah) duduk tepi je tengok panglima. Sekali dia dapat rezeki panglima datang kat dia. Apa lagi, dia dakwah la.
“Ayat ayah aku simple je, kerja kerana Allah, dahulukan agama, Allah sayangkan hamba-hambaNya,” tulis @izatnzri.

Sesi dakwah itu berlangsung ketika Ahmad Suhaimi menyempurnakan upacara penutup Kursus Asas Komando Siri AK/3/2025 di Melaka, pada 26 Januari lalu.

Artikel lain: Ketua Staf Markas ATM Dilantik Panglima Tentera Darat Ke-31

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ia kemudian diakhiri dengan lafaz kalimah tauhid, La ilaha illallah Muhammadur Rasulullah yang menjadi kebiasaan dalam pendekatan jemaah tabligh.

@izatnzri berkongsi, perkara lebih menyentuh hati ialah reaksi Ahmad Suhaimi yang dikatakan membalas peringatan itu dengan penuh rendah diri.

“Terima kasih bang, ingatkan saya,” kata panglima itu sebelum kedua-duanya saling berpelukan menerusi sekeping gambar yang dikongsi @izatnzri.
Panglima 21 GGK

Foto: Berita Tentera Darat Malaysia / Bapa kepada @izatnzri dan panglima saling berpelukan

Menurut @izatnzri lagi, bapanya sering berpesan agar setiap kali melangkah keluar dari rumah, niatkan diri untuk berdakwah kerana sekecil-kecil dakwah mampu menjadi asbab perubahan dan kebaikan dalam diri seseorang, tanpa mengira pangkat atau kedudukan.

“Ayah aku selalu cakap, niat keluar rumah dakwah. Pergi mana-mana niat dakwah. Kadang sekecil-kecil dakwah yang kita buat menjadi asbab untuk orang itu berubah atau menjadi lebih baik. Insya-Allah,” tulisnya lagi.

Perkongsian itu turut menerima reaksi positif daripada orang ramai yang memuji keberanian menyampaikan dakwah secara berhikmah serta sikap merendah diri Panglima 21 GGK menerima peringatan tersebut dengan hati terbuka.

Respek! Peringatan yang bagus

Panglima 21 GGK

Kadang nasihat spontan ni berguna

Panglima 21 GGK

Sumber: Threads @izatnzri

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Tiga beranak ditemukan meninggal dunia dalam rumah mereka di Kampung Belau, Merbok, Sungai Petani tengah malam tadi, lapor BH Online. Ketiga-tiga mereka ialah pasangan...

Sosial

Tindakan seorang remaja lelaki yang setia menjaga kedua ibu bapanya yang merupakan orang kurang upaya (OKU) menyentuh hati ramai selepas kisah mereka dikongsikan oleh...

Lokal

Trend menyewa kenderaan pelbagai guna (MPV) mewah untuk pulang beraya semakin mendapat sambutan, apabila kebanyakan syarikat sewa kereta melaporkan semua unit mereka habis ditempah....

Sosial

Seorang wanita dikecam netizen di media sosial susulam membuat siaran langsung di platform TikTok sambil menunjukkan tingkah laku berahi. Buat aksi tidak senonoh dalam...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd