Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Dah Habiskan RM200K, Bapa Zayn Rayyan Rayu Bantu Tampung Kos Mahkamah

Bapa kepada kanak-kanak autisme, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin iaitu Zaim Ikhwan Zahari merayu mendapatkan bantuan orang ramai bagi menampung kos perbicaraan isterinya Ismanira Abdul Manaf di peringkat Mahkamah Tinggi.

Menerusi satu hantaran di laman Instagram isterinya, Zaim Ikhwan mendedahkan dia dan Ismanira telah menanggung perbelanjaan hampir RM200,000 sejak kes bermula di Mahkamah Sesyen.

Foto: NSPT

Kini, mereka memerlukan tambahan kira-kira RM65,000 untuk menampung kos di Mahkamah Tinggi.

“Sejak dari pertuduhan di Mahkamah Sesyen, kami telah berhabis lebih kurang RM200,000 hanya untuk kegunaan mahkamah sahaja. Kini, kami memerlukan lebih kurang RM65,000 lagi untuk menampung kos di Mahkamah Tinggi,” tulisnya pada Selasa.

Dia menekankan bahawa kos yang terlibat sangat tinggi dan berada di luar kemampuan dirinya sekali gus merayu kepada orang ramai agar sudi menghulurkan sumbangan demi mendapatkan keadilan untuk seluruh keluarga mereka, termasuk arwah Zayn Rayyan.

“Saya dengan rendah hati ingin merayu dan memohon jasa baik serta keprihatinan daripada saudara mara, rakan-rakan dan orang ramai untuk membantu saya dan isteri menampung kos di Mahkamah Tinggi.
“Setiap sumbangan, kecil atau besar, amat saya hargai. Semoga Allah SWT sahaja yang mampu membalas segala kebaikan dan kemurahan hati tuan/puan dengan rezeki yang berlipat ganda serta keberkatan hidup. Terima kasih atas sokongan dan doa anda semua,” ujarnya.

Foto: IG Izz Manaf

Pada Januari lalu, Mahkamah Tinggi membatalkan rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen Petaling Jaya yang diumumkan tahun lalu.

Keputusan itu mengekalkan Zaim Ikhwan bebas daripada pertuduhan mengabaikan Zayn Rayyan yang berusia enam tahun sehingga mengalami kecederaan fizikal tiga tahun lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: IG Izz Manaf

Terdahulu, pada 31 Oktober tahun lalu, Ismanira dijatuhi hukuman penjara lima tahun selepas mahkamah didapati bersalah kerana mengabaikan anak sulung mereka.

Sumber: Instagram Izz Manaf

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pelukis muda kelahiran Kelantan, Muhammad Darwisy Mustafani, 25, berjaya menarik perhatian apabila diberi kepercayaan menghasilkan potret khas Putera Mahkota Brunei, Pengiran Muda Mahkota...

Nasional

Seramai 500 hingga 800 keluarga dalam kalangan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka menerima manfaat menerusi pelaksanaan Program Cakna Autisme ATM yang diperkenalkan oleh...

Lokal

Ibu kepada bayi berusia tujuh bulan yang maut dalam kemalangan melibatkan motosikal dan kereta di simpang Jalan Bunga Kertas, Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada...

Dunia

Iran hari ini memberi amaran bahawa dunia perlu bersedia menghadapi harga minyak mencecah AS$200 setong, susulan serangan kapal dagang semalam, ketika International Energy Agency...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd