Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

CUEPACS Sokong Syor PM, Tahan Kenaikan Pangkat Jika Tidak Lapor Rasuah

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam dan Awam (CUEPACS) menyokong syor Perdana Menteri, Anwar Ibrahim supaya tiada kenaikan pangkat bagi ketua jabatan jika wujud salah laku penjawat awam di bawahnya dan tidak dilaporkan.

Memetik laporan Malaysiakini, Presidennya Datuk Adnan Mat berkata, saranan Anwar itu meletakkan suatu tanggungjawab kebersamaan dalam setiap peringkat jawatan di sesebuah jabatan untuk memastikan tadbir urus dilaksanakan dengan baik dan berkesan tanpa pelanggaran integriti.

“Syor Perdana Menteri supaya ketua jabatan tidak dinaikkan pangkat jika terdapat pelanggaran tadbir urus dan integriti melibatkan jabatan atau unit diselia yang tidak dilaporkan atau diambil tindakan sewajarnya, perlu dilihat sebagai langkah memastikan perkhidmatan awam sentiasa berada pada tahap terbaik.
“Syor ini sekiranya dilaksanakan kelak, akan melahirkan penjawat awam yang sentiasa cakna terhadap tanggungjawab dan amanah yang digalas terutama dalam memastikan jabatan yang diselia sentiasa melaksanakan tadbir urus yang terbaik,” katanya pada Isnin.

Foto: Sinar Harian

Dalam pada itu, Adnan menjelaskan salah laku dalam perkhidmatan awam adalah suatu perkara yang amat ditegah termasuklah amalan menyembunyikan salah laku itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tidak wajar pihak yang mempunyai kuasa menyembunyikan pelanggaran tadbir urus hanya semata-mata untuk menjaga nama baik sendiri atau individu tertentu.

Perdana Menteri yang membuat syor itu ketika berucap pada Majlis Perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri bagi bulan Jun di Putrajaya semalam antara lain berkata, agak mustahil bagi ketua jabatan atau ketua unit ‘tidak tahu’ atau menutup mata mengenai wujudnya kecurangan dalam pentadbiran masing-masing.

Foto: New Straits Times

Mengulas lanjut Adnan berkata, pembaharuan yang mahu dilaksanakan oleh Anwar itu tidaklah menggambarkan salah laku yang tinggi dalam perkhidmatan awam tetapi ia sebagai suatu usaha untuk mentransformasikan perkhidmatan awam ke arah yang lebih baik.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Secara asasnya Cuepacs mengambil perhatian serius akan kenyataan yang dibuat oleh Perdana Menteri, namun Cuepacs yakin ia hanya melibatkan segelintir kumpulan ketua jabatan yang tidak ambil peduli dengan isu salah guna kuasa dan rasuah di kalangan kakitangan mereka.
“Ia sewajarnya menjadi satu tanggungjawab besar yang perlu dimainkan di peringkat ketua jabatan dalam memantau dan memastikan tiada salah laku dalam jabatan masing-masing,” katanya.

Foto: Malaysiakini

Adnan turut menyentuh proses semak dan imbang perlu menjadi sebagai panduan dan budaya dalam melahirkan amalan tegur menegur serta memberi hukuman kepada mereka yang melakukan kesalahan, demi menjaga nama baik perkhidmatan awam keseluruhannya.

Sumber: Malaysiakini

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd