Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

AKPS Gagalkan Cubaan Seludup Daging Khinzir Bernilai RM66,000 Di Bukit Kayu Hitam

Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) menggagalkan cubaan membawa masuk daging babi jenis karkas seberat 2,000 kilogram (kg) tanpa dokumen import sah di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam, semalam.

Menurut laporan Bernama, Komander AKPS Bukit Kayu Hitam SAC Mohd Nasarudin M. Nasir berkata pemeriksaan terhadap sebuah kenderaan kargo kira-kira jam 6.30 pagi membawa kepada penemuan muatan tidak sah itu, yang dianggarkan bernilai RM66,000.

Cubaan seludup daging khinzir

Cubaan seludup daging khinzir

“Pengimportan daging babi dari Thailand dilarang sepenuhnya susulan ancaman penyakit African Swine Fever (ASF),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728 – MAQIS).

Artikel lain: Agak Mustahil, Feri Ikonik Pulau Pinang Tidak Akan Dikembalikan – Anthony Loke

Advertisement. Scroll to continue reading.

Cubaan seludup daging khinzir

Sementara itu, Mohd Nasarudin berkata AKPS pada hari yang sama menolak kemasukan sembilan warga asing di Pintu Masuk Bukit Kayu Hitam atas pelbagai kesalahan imigresen, termasuk tidak dibenarkan masuk melalui laluan darat, disyaki bukan pelancong tulen serta tersenarai dalam senarai syak jabatan.

Menurutnya, tindakan itu dibuat mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan kesemua individu terlibat diarahkan berpatah balik melalui Thailand untuk pulang ke negara asal masing-masing.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

“Dia sorang je berani gigit inspektor.” Itu antara komen netizen terhadap satu video yang dimuat naik oleh wanita dikenali sebagai ‘Inspektor Sheila’ di aplikasi...

Sosial

Seorang wanita yang mengaku sedang dalam pantang selepas bersalin menerima kecaman ramai apabila didakwa makan dan minum di siang hari pada bulan Ramadan. Menerusi...

Lokal

Perbicaraan kes perebutan harta pusaka bernilai lebih RM1.6 bilion membabitkan cucu kepada pengasas Kumpulan Genting, Lim Goh Tong, berlangsung dalam suasana tegang di mahkamah...

Sosial

Sepasang lelaki dan wanita bukan suami isteri ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dalam satu serbuan di sebuah bilik sewa di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd