Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Sah! Genting Malaysia Akan Kenakan Caj Untuk Kenderaan Naik Genting Highlands

Genting Malaysia Bhd akhirnya mengesahkan bahawa caj akan dikenakan kepada semua kenderaan yang menggunakan Jalan Genting Highlands, dengan tarikh pelaksanaan akan diumumkan kemudian.

Jalan Genting Highlands perlukan penyelenggaraan

Dalam satu kenyataan rasmi, syarikat itu memaklumkan bahawa bayaran tersebut merupakan sebahagian daripada langkah untuk menampung kos penyelenggaraan jalan persendirian yang dibina sejak tahun 1960-an.

“Penggunaan yang kerap di Jalan Genting Highlands telah menyebabkan banyak kerosakan dan memerlukan penyelenggaraan yang berterusan bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya,” kata syarikat itu.

Caj untuk jalan ke Genting Highlands bagi tampung kos pembaikan

Genting Malaysia turut menjelaskan bahawa caj tersebut dilaksanakan berdasarkan prinsip ‘pengguna membayar’, sebagai langkah paling berdaya maju bagi menampung kos pembaikan, penyelenggaraan serta insiden luar jangka di laluan sejauh 24 kilometer itu.

“Ini bagi memastikan jalan raya terus selamat untuk semua pengguna, dan menyediakan akses kepada seluruh komuniti Genting Highlands, perniagaan, berjuta pelancong dan orang awam dari seluruh negara,” katanya lagi.

Syarikat itu menegaskan bahawa inisiatif tersebut sepenuhnya dilakukan secara swasta di atas tanah milik persendirian, di mana mereka menanggung sepenuhnya kerja penyelenggaraan, termasuk keselamatan jalan dan cerun.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Menjalankan kerja di kawasan pergunungan adalah mencabar, berbahaya dan mahal, tetapi ia penting untuk memastikan keselamatan jalan raya dan lereng untuk penambahbaikan berterusan bagi semua pengguna,” jelas kenyataan tersebut.

genting highland

Artikel lain: Hotel Hard Rock Terbesar Di Asia Akan Dibuka Di Genting Highland Pada 2027 Nanti

Selain itu, Genting Malaysia juga menempatkan pasukan khas di pertengahan dan puncak bukit yang bersiap siaga 24 jam dengan pasukan tindak balas kecemasan terlatih bagi menghadapi sebarang kemungkinan kemalangan.

Jalan Genting Highlands dilihat bukan hanya sebagai laluan utama ke Resorts World Genting, tetapi juga antara nadi utama industri pelancongan yang menjana ekonomi tempatan dan negeri Pahang. Syarikat itu berkata, inisiatif ini penting bagi memastikan keselamatan pengguna terjamin dan pembangunan pelancongan di kawasan tanah tinggi itu terus berkembang dengan mampan.

Sumber: Facebook Resort World Genting

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pegawai kanan sebuah kementerian direhatkan daripada tugas serta-merta susulan dakwaan ditangkap khalwat di Kota Kinabalu, Sabah, baru-baru ini. Tular video pegawai kanan kementerian...

Sosial

Seorang graduan Universiti Utara Malaysia (UUM) tidak pernah terlintas dalam fikirannya bahawa suatu hari akan melalui tempoh panjang sebagai tahanan di Penjara Alor Setar....

Sosial

Sebuah video yang kini tular di media sosial memaparkan insiden mengejutkan melibatkan seorang pekerja Zus yang disimbah dipercayai air kopi oleh seorang pelanggan perempuan....

Sosial

Adam Alis, pemain bola sepak Indonesia, tiba-tiba menjadi buah mulut netizen Malaysia selepas dua videonya tular di media sosial. Video pertama memaparkan dia dan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd