Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Cadangan Hadkan Lesen Jualan Minuman Keras, Atasi Pemandu Mabuk

Kerajaan negeri disaran membuat penambahbaikan untuk mengurangkan kemalangan yang melibatkan pemandu di bawah pengaruh alkohol, termasuk mengehadkan lesen menjual minuman keras.

Foto: Sinar Harian

Menurut laporan Harian Metro, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulai Sebatang, Hasrunizah Hassan mendedahkan bahawa Parlimen telah meluluskan pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 pada Oktober 2020 berkaitan hukuman berat terhadap pemandu mabuk.

Beliau mencadangkan beberapa langkah untuk mengurangkan kemalangan, termasuk mengehadkan jualan minuman keras di kedai serbaneka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hasrunizah mencadangkan meletakkan premis yang menjual minuman keras di kawasan bertol supaya kenderaan yang keluar dapat diperiksa pemandu.

“Selain memperkasakan kempen keselamatan jalan raya dan penguatkuasaan berterusan oleh pelbagai agensi serta memperkasakan pendidikan di pusat latihan memandu mengenai hukuman berat memandu di bawah pengaruh alkohol,” katanya,

Beliau ketika perbahasan di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Bangunan Sultan Ismail di Iskandar Puteri pada Isnin.

Cadangan lain adalah dengan mewajibkan setiap kedai arak berlesen menyediakan pemandu yang dilantik atau ‘Designated Driver’ seperti yang diamalkan di Australia dan Jepun.

Cadangan ini dikemukakan berikutan kejadian tragis pada 16 November lalu yang mencabar pemandu mabuk.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, pasangan suami isteri, Mohd Ridzwan Mohd Rudi, 37, dan Linda Mohd A Aziz, 35, terkorban selepas motosikal mereka dirempuh pemandu yang dipercayai mabuk pada 16 November lalu.

Pasangan tersebut meninggalkan lima orang anak yang kini berada di bawah jagaan datuk dan nenek sebelah keluarga bapa mereka.

Tragedi tersebut juga telah menimbulkan kemarahan masyarakat yang mendesak undang-undang lebih keras dikenakan ke atas pemandu mabuk.

Sumber: Harian Metro (Omar Ahmad)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kehilangan kaki kanan selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya bukan penghalang buat dua beradik dari Kampung Seri Lebak, Temerloh untuk bangkit meneruskan kehidupan dengan...

Sosial

Pempengaruh Islamik, Aisyah Hijanah tampil memohon maaf secara terbuka susulan kesilapan penulisan ayat al-Quran yang terdapat dalam buku terbitannya, ‘Wanita Syurga’ sehingga mencetuskan kegusaran...

Bisnes

Gergasi automotif global Volkswagen dilaporkan merancang langkah penstrukturan semula terbesar dalam sejarah syarikat dengan mengurangkan sehingga 100,000 pekerja di seluruh dunia serta menutup empat...

Dunia

Isteri kepada pemain bola sepak Venezuela, Héctor Bello iaitu Andrea dilaporkan maut selepas mengorbankan nyawa untuk menyelamatkan anak perempuan mereka dalam kejadian gempa bumi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd