Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Kes Langgar Lari: Bukan Saya Yang Pandu, Adik Ditahan Polis – Pemilik Navara

Bukan Saya Yang Pandu

“Bukan saya yang pandu…” demikian kata pemilik kenderaan Nissan Navara bernombor pendaftaran US910 tampil memberi penjelasan berhubung kes langgar lari yang melibatkan kenderaan miliknya semalam.

Balan, pemilik kenderaan berkenaan, dengan tegas menyatakan bahawa beliau bukan pemandu yang terlibat dalam kejadian tersebut.

“Bukan saya yang pandu kenderaan itu semalam. Kenderaan itu saya pinjamkan kepada adik saya, yang kini telah ditahan polis.” kata Balan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Menurut Balan, kenderaan miliknya telah disita oleh pihak berkuasa bagi tujuan siasatan lanjut. Pihak polis juga telah menahan pemandu berkenaan, yang didakwa melanggar seorang mangsa dalam kejadian langgar lari tersebut.

Artikel lain: Pelaku Silap Orang, Pelajar Parah Dikasari Beramai-Ramai Sebab Salah Info

Advertisement. Scroll to continue reading.

Balan meluahkan rasa kesal dan simpati terhadap mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu, serta berjanji untuk memberi kerjasama penuh kepada pihak polis dalam menjalankan siasatan.

“Saya amat kesal dengan insiden ini dan sangat simpati dengan nasib mangsa. Saya akan beri kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis,” tambahnya.

Pihak berkuasa kini sedang menjalankan siasatan mendalam dan laporan penuh akan dibuat selepas siasatan selesai.

Balan juga memohon kepada orang ramai untuk tidak menyebarkan maklumat peribadi berkenaan dirinya dan keluarganya.

Terdahulu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa memaklumkan suspek seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun direman dua hari.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Penunggang motosikal, seorang lelaki tempatan berusia 53 tahun, retak tulang selangka dan luka di buku lali manakala isterinya berusia 49 tahun cedera lebih serius.
“Wanita itu patah buku lali dan tulang rusuk kanan serta pendarahan otak akibat pelanggaran itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Siasatan mendapati nahas berlaku jam 2.30 petang membabitkan pikap berkenaan dengan motosikal mangsa.

Sejurus tiba di lokasi kejadian, suspek cuba memotong sebuah motosikal lain namun gagal mengelak motosikal mangsa lalu melanggar bahagian kanan motosikal berkenaan.

“Laporan polis pertama diterima pada hari sama, jam 6.55 petang dibuat pemandu pikap terbabit.
“Susulan siasatan, permohonan reman dibuat dan suspek kini ditahan selama dua hari di Lokap Dang Wangi bagi membantu siasatan,”kata beliau.

Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya.

Mohd Zamzuri berkata, kedua-duanya mangsa dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, tular di media sosial klip video berdurasi satu minit memaparkan sebuah pikap melarikan diri selepas melanggar motosikal dinaiki pasangan suami isteri terbabit.

Sumber: FB Balan RadhaKrishnan, VideoViral Malaysia, BH Online 

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan kekecewaan terhadap sikap segelintir pihak dalam kancah bola sepak...

Bisnes

Malaysia sekali lagi menjadi tumpuan global setelah Gamuda Bhd iaitu syarikat pembinaan terkemuka negara dilaporkan menjual tanah seluas 389 ekar di Port Dickson kepada...

Spotlight

Pelakon terkenal Indonesia, Luna Maya sah bergelar isteri apabila selamat bernikah dengan aktor Maxime Bouttier dalam sebuah majlis gilang gemilang yang diadakan di Bali,...

Spotlight

Pengumuman konsert jelajah kumpulan K-pop terkenal, Blackpink yang akan diadakan pada musim panas ini telah menerima pelbagai reaksi daripada warganet. Peminat kesal tiket konsert...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd