Pengerusi Jawatankuasa Prestasi Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Lee Chong Wei, menzahirkan penghargaan atas ucapan dan doa yang diterimanya sempena ulang tahun kelahirannya.
Legenda badminton negara itu dalam perkongsian di media sosial berkata, semakin meningkat usia, beliau menyedari kejayaan sebenar dalam hidup bukan lagi diukur melalui kemenangan di podium, sebaliknya kebahagiaan keluarga dan kemajuan sukan badminton negara.
“Terima kasih atas semua ucapan dan doa sempena hari lahir saya. Tahun demi tahun, saya belajar bahawa kejayaan sebenar bukan lagi di podium, tapi melihat keluarga bahagia dan sukan badminton negara terus berkembang,”katanya menerusi sebuah hantaran di Facebook, hari ini.
Bukan Lagi Podium, Tapi Lihat Keluarga Bahagia
Dalam pada itu, beliau juga berharap generasi baharu akan terus berjuang untuk mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa.
“Semoga generasi baru Malaysia terus berjuang dengan semangat yang sama… jangan berhenti bermimpi dan berusaha untuk mengharumkan nama negara,” katanya lagi.
Artikel lain: Tengku Zafrul, Lee Chong Wei Terima Darjah Tertinggi Pulau Pinang Sempena Ulang Tahun TYT Ke-84
Beliau yang kini aktif dalam pembangunan sukan badminton tanah air, terus menjadi inspirasi kepada generasi muda menerusi pengalaman, dedikasi dan semangat juangnya di peringkat antarabangsa.
Sumber: FB Lee Chong Wei
