Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Baru Tular 7 Tahun PJJ Akhirnya Bersama, Isteri Sebak Suami Meninggal Dunia Akibat Kemalangan

Baru-baru ini tular di media sosial, pasangan suami isteri berkongsi berita gembira apabila tidak lagi menjalani hubungan jarak jauh akibat tuntutan kerja.

Suami meninggal selepas 7 tahun PJJ

Screenshot

Bagaimanapun kegembiraan itu tidak kekal lama bahkan pasangan itu terpisah buat selamanya setelah si suami meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.
Menerusi perkongsian terdahulu di Threads, wanita itu memberitahu pertukaran lokasi kerja suaminya menjadi hadiah terindah Ramadan setelah menunggu saat itu hampir sekian lama.
“Hadiah Ramadan yang paling berharga. Fasa hubungan jarak jauh kita, selepas hampir 7 tahun, akhirnya telah berakhir. Kebahagiaan yang dulu terbatas oleh jarak kini bertukar menjadi kebahagiaan tanpa batas.
“Terima kasih, sayangku, kerana tidak pernah berputus asa dengan kita, kerana berjuang begitu kuat supaya kita akhirnya dapat bersama. Ia bukanlah sesuatu yang mudah, dan jarak itu tidak selalu baik dengan kita, tetapi Allah mengetahui isi hati kita.
“Allah masih menyayangi kita. Dan hari ini, kita dapat menjalani kehidupan yang telah lama kita nantikan. Alhamdulillah,” ciapannya.
Perkongsian itu menerima pelbagai respon netizen dan ada juga yang menceritakan semula perjalanan sedih kisah pasangan tersebut yang terpaksa menerima ketentuan takdir mereka berpisah buat selamanya.
“Kepada yang tak faham saya tolong jelaskan. Video di atas pada Februari 2026. Arwah surprise kat wife yang dia dapat pertukaran ke tempat yang dekat dengan rumah wife setelah pjj 7 tahun.
“Arwah di transfer ke Parit Sulong Batu Pahat pada 12 mac 2026. Hari ini 31 mac 2026 arwah meninggal dunia akibat kemalangan ketika nak pergi kerja pagi tadi. Al-Fatihah moga Muhammad Ainolalif @ coet ditempatkan dikalangan orang beriman. Moga isteri dan anaknya diberi ketabahan dan kekuatan,” tulis netizen.

Artikel lain: Isteri Maut Kemalangan, Suami Rayu Pulangkan iPhone Arwah! “Simpan 1,001 Kenangan”

Sekadar info, Allahyarham mula bertugas pada 6 Disember 2015 di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Jasin dan telah menjalani pertukaran ke Balai Polis Parit Sulong, Batu Pahat, Johor pada 12 Mac 2026.
Sumber: Threads syamimie.roslan

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Tiga beranak ditemukan meninggal dunia dalam rumah mereka di Kampung Belau, Merbok, Sungai Petani tengah malam tadi, lapor BH Online. Ketiga-tiga mereka ialah pasangan...

Sosial

Tindakan seorang remaja lelaki yang setia menjaga kedua ibu bapanya yang merupakan orang kurang upaya (OKU) menyentuh hati ramai selepas kisah mereka dikongsikan oleh...

Lokal

Trend menyewa kenderaan pelbagai guna (MPV) mewah untuk pulang beraya semakin mendapat sambutan, apabila kebanyakan syarikat sewa kereta melaporkan semua unit mereka habis ditempah....

Sosial

Penerbangan Malaysia Airlines dari Madinah ke Kuala Lumpur  berubah pilu apabila seorang jemaah berusia 68 tahun meninggal dunia dalam penerbangan selepas menunaikan ibadah umrah....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd