Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Bapa Mahu Sedekah Barang Peribadi Arwah Nuryl Shahira – “Beri Kepada Rakan Atau Yang Memerlukan”

Bapa kepada Nurly Shahirah Azman, 23, yang merupakan salah seorang penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), yang terkorban dalam nahas bas di Gerik, Perak memberitahu akan mengagihkan barangan peribadi anaknya kepada orang yang lebih memerlukan.

Bapa sedekah barang Nuryl Shahira

Bapa sedekah barang Nuryl Shahira

Menerusi hantaran di Facebook, Azman Mohamad, 63, berkata dia enggan menerima semula barang peribadi milik Nuryl dan memilih agar dihadiahkan kepada rakan-rakan arwah ataupun diagihkan kepada orang ramai.

“Semasa perjumpaan tadi, kita dah beritahu yang kita tidak mahu walau satu pun barang-barang arwah dihantar pulang semula ke rumah.
“Kita nak hadiahkan barang-barang itu kepada kawan-kawan arwah atau berilah kepada orang-orang yang lebih memerlukan. Kalau hantar balik pun dah tak guna dah, sebab dia memang dah tak boleh nak pakai,” kata Azman pada Rabu.
Bapa sedekah barang Nuryl Shahira

Foto: Sinar Harian

Dalam pada itu, Azman juga sempat berkongsi berkenaan musyaf tulisan tangan Allahyarhamah Nuryl yang menjadi perhatian ramai tidak akan diberikan kepada orang lain melainkan hanya dibuat salinan sahaja.

“Al-Quran tulisan tangan arwah yang asli kami tak akan beri kepada orang lain.
“Kalau ada yang nak mungkin boleh fotostat sebab yang asli memang saya akan simpan sebagai kenangan terakhir arwah,” jelasnya lagi.

Artikel lain: Hafaz 30 Juzuk, Nurly Shahirah Tulis Ayat Al-Quran Jadi Kaedah Hafalan

Untuk rekod, Nuryl Shahira merupakan salah seorang yang terkorban dalam kemalangan melibatkan sebuah bas membawa 42 penuntut UPSI dalam perjalanan dari Jertih, Terengganu ke Tanjung Malim, Perak merempuh kenderaan pelbagai guna Perodua Alza di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding di Gerik, awal pagi Isnin.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Facebook Asri Orkid

Ditulis oleh Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Hubungan antara adik-beradik tidak akan pernah terputus biarpun sering diuji dengan pelbagai masalah kerana dilahirkan daripada rahim yang sama. Sedih orang terakhir dipeluk Baru-baru...

Sosial

Seorang pelajar jurusan Kerja Sosial Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) bertindak berani apabila terjun ke dalam tasik bagi menyelamatkan seorang remaja perempuan yang cuba keluar...

Lokal

Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) didapati menganugerahkan kontrak katering bernilai RM25.64 juta kepada sebuah syarikat yang tidak memiliki sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam...

Lokal

Seorang doktor lelaki maut selepas kenderaan dipandunya terbabas sebelum merempuh sebuah stor penyimpanan gas di Jalan Kampung Undang, di Kuala Terengganu, pada Selasa. Mangsa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd