Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Bapa Arwah Zulfarhan Sedih Kes Buli, Dera Di UPNM Berulang

Bapa kepada arwah Zulfarhan, Zulkarnain Idros meluahkan rasa sedih selepas tular dakwaan seorang pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) cedera ditekap seterika, disyaki dibuli senior baru-baru ini.

Foto: Harian Metro

Menurut laporan Harian Metro, bapa arwah mengetahui isu tersebut selepas membaca laporan media yang dihantar isterinya menerusi aplikasi WhatsApp.

“Saya sedih kejadian yang pernah berlaku terhadap anak (Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain) berulang kepada penuntut lain.
“Saya terkejut kerana masih ada kes buli berlaku kepada penuntut UPNM. Saya sangka kes arwah anak yang terakhir tapi ia masih berulang.
“Dakwaan mangsa ditekap seterika, tidak kiralah seterika biasa atau seterika wap, ia sesuatu yang tidak boleh diterima kerana bukan saja menyakitkan dan menyeksakan tapi ia meninggalkan kesan buat mangsa.
“Seperti berlaku kepada arwah anak yang mempunyai 90 kesan tekapan seterika wap panas, sehingga sekarang saya tak mampu untuk lupakan kesengsaraan dialami arwah,” katanya.

Zulkarnain juga berpendapat laporan siasatan insiden tersebut wajar didedahkan kepada umum supaya pihak lain dapat mengambil pengajaran.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurutnya lagi, walaupun insiden tersebut yang berlaku untuk kali kedua tidak mengakibatkan kehilangan nyawa, pihak universiti perlu mengambil pendekatan yang serius dengan menekankan keperluan untuk menggubal akta antibuli memandangkan peningkatan kes-kes buli yang melibatkan keganasan fizikal, gangguan mental dan penderaan seksual.

Terdahulu, mangsa yang mengambil jurusan kejuruteraan itu dipercayai dibuli dan didera selepas pemeriksaan rutin oleh jurulatih yang menemui kesan kecederaan dan lecur pada badan.

Malah, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah mengeluarkan kenyataan memaklumkan mereka sedar tentang laporan yang tersebar di media sosial dan media alternatif berkenaan kes ini.

ATM menegaskan siasatan akan dilaksanakan secara terperinci dan tidak akan melindungi mana-mana pihak yang terlibat dengan kes tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Harian Metro (Raja Noraina Raja Rahim)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd