Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

AR Rahman Bakal Temui Peminat Malaysia Isnin Depan

Pemuzik dan penyanyi India, AR Rahman bakal membuat kunjungan pra konsert dan mengadakan sesi eksklusif untuk bertemu dengan para peminatnya pada Isnin depan di Pusat Konvensyen Star, Menara PGRM, Kuala Lumpur.

Menerusi satu laporan Harian Metro, penganjur Star Planet berkata, sesi eksklusif itu akan diadakan secara tertutup selain memaklumkan bahawa sekitar 1,000 peminat sudah membeli tiket konsert tersebut.

Foto: Harian Metro

“Kami sangat teruja untuk mengalu-alukan kedatangan AR Rahman ke Kuala Lumpur. Kunjungan istimewa ini dan konsert menjelang itu nanti tidak disangkal bakal menjadi sorotan pencinta muziknya,” katanya.

Star Planet juga memaklumkan AR Rahman bakal menyantuni para peminat secara lebih dekat sebagai tanda penghargaan beliau kepada peminat setia yang terus menyokong kerjayanya tersebut sekali gus memberitahu penebusan pas masuk boleh dibuat secara atas talian.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Penebusan pas itu boleh dibuat menerusi laman web Star Planet bermula jam 5 petang Jumaat ini. Ia berdasarkan siapa cepat, dia dapat dan setiap pembeli tiket konsert boleh menebus maksimum dua pas,” ujarnya.

Foto: Harian Metro

Untuk makluman, bintang berusia 57 tahun itu pernah mencipta sejarah apabila lebih 60,000 hadir di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) dilaporkan menghadiri konsert “AR Rahman – Secret of Success – Live in Malaysia 2023” dimana turut menampilkan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berduet bersama beliau menerusi lagu Tamil klasik berjudul Munbe Vaa.

Sumber: Harian Metro (Georgie Joseph)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki di bawah pengaruh alkohol dan dadah di Jalan Raya Barat di sini...

Dunia

Isu tuntutan terhadap Sabah kembali menjadi perhatian apabila seorang senator Filipina menggesa Presidennya untuk menghidupkan semula tuntutan ke atas wilayah tersebut yang didakwa kaya...

Sosial

Perkongsian seorang anggota polis mengenai gelagat sekumpulan kanak-kanak yang datang beraya dipercayai di Balai Polis Pangkor, Perak mencuri perhatian ramai di media sosial. Menerusi...

Dunia

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mendakwa beliau pernah ‘ditawarkan’ untuk menjadi Pemimpin Tertinggi Iran, namun menolak cadangan tersebut dengan berkata, ‘tidak, terima kasih’....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd