Anak lelaki kepada Ketua Biro Al Jazeera Gaza yang juga wartawan, Wael al-Dahdouh iaitu Hamza Wael al-Dahdouh dilaporkan terkorban hari ini dalam serangan tentera Israel.
Hamza yang merupakan wartawan Al Jazeera dan jurukamera serta bersama beberapa wartawan lain ke kawasan Moraj di timur laut Rafah – yang telah ditetapkan sebagai “zon kemanusiaan” oleh tentera Israel. Tetapi, Hamza dilaporkan telah terkorban dalam pengeboman baru-baru ini.
Selain wartawan Al Jazeera, seorang wartawan bebas Mustafa Thuraya selain Al Jazeera turut dilaporkan terkorban dalam serangan itu. Ini menyaksikan angka kematian wartawan di Semenanjung Gaza meningkat kepada 109 orang sejak 7 Oktober lalu.
Artikel lain: Diserang Israel, Wartawan Al Jazeera ‘Syahid’ Ketika Sedang Buat Liputan
Sebelum ini, empat anggota keluarga Ketua Biro Al Jazeera Wael al-Dahdouh terkorban pada Oktober.
Isterinya Amna, cucunya Adam, anak lelakinya Mahmoud yang berusia 15 tahun dan anak perempuannya Sham yang berusia tujuh tahun semuanya meninggal dunia dalam serangan Israel.
Sambil menangis dan memegang tangan mayat anaknya, Wael al-Dahdouh berkata Hamza merupakan segalanya dalam hidupnya.
Beliau turut menyeru duia melihat apa yang sedang berlaku di Gaza pada ketika ini, lebih-lebih lagi ia meragut nyawa orang tersayang.
“Hamza bukan hanya sebahagian daripada saya. Dia adalah seluruh diri saya. Dia adalah jiwa jiwa saya. Ini adalah air mata kesedihan, kehilangan. Ini adalah air mata kemanusiaan,” kata bapanya pada majlis pengebumian itu.
“Saya menyeru dunia untuk melihat dengan teliti apa yang berlaku di Gaza.”katanya.
Jenazah Hamza dikebumikan di bandar Rafah di selatan.
Wael al-Dahdouh mempunyai lapan anak, terus melaporkan tentang peperangan di Gaza meskipun telah kehilangan ramai ahli keluarga angkara tentera Israel.
Sumber: Al Jazeera