Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Anak Dr Fauziah Risau Ibu Diperlakukan Dengan Teruk -“Beliau Pernah Ditahan Sebelum Ini”

Anak kepada dua delegasi Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleens to Gaza (TMTG), Prof Emeritus Dr Mohd Alauddin Mohd Ali dan Dr Fauziah Hassan, meluahkan kebimbangan selepas mendapat tahu kapal yang dinaiki ibu bapanya dipintas tentera Israel pagi tadi.

Anak Dr Fauziah Risau

Anak Dr Fauziah sedar tracker tidak bergerak

Memetik laporan daripada Harian Metro, Shamil Mohd Alauddin, 40, menyatakan beliau menyedari insiden itu selepas melihat laporan berita di media sosial dan mendapati ‘tracker’ kapal tidak lagi bergerak serta terputus hubungan.

“Saya semak ‘tracker’ mendapati kapal tidak bergerak dan sudah terputus hubungan, jadi boleh jangka memang ada sesuatu yang berlaku. Saya kemudian dimaklumkan MyCARE yang kapal dinaiki ibu bapa sudah dipintas (tentera Israel).
“Kami sekeluarga memang dah bersedia dan menjangkakan ini (ditahan Israel), tapi apa yang mengejutkan ia berlaku terlalu awal,” katanya ketika ditemui di ibu pejabat MyCARE hari ini.

Anak Dr Fauziah risau, ibu pernah ada rekod ditahan sebelum ini

Shamil memberitahu kali terakhir beliau berhubung dengan ibu bapanya adalah petang semalam dan ketika itu mereka dilaporkan berada dalam keadaan sihat.

Namun, apa yang paling merisaukannya kini ialah kemungkinan Dr Fauziah berdepan layanan buruk daripada tentera Israel, memandangkan ibunya pernah berdepan situasi sama sebelum ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Tambah pula ibu pernah ditahan Israel sebelum ini jadi mereka mesti ada rekod terdahulu. Saya bimbang ibu akan diperlakukan dengan lebih teruk,” katanya.

anak dr fauziah

Artikel lain: Kapal FFC-TMTG Dipintas, 8 Delegasi Malaysia Antara Terlibat

Anak Dr Fauziah berharap kerajaan Malaysia dapat membantu membebaskan ibu bapanya bersama semua aktivis yang kini dipercayai berada dalam tahanan pihak berkuasa Israel.

Untuk rekod, pelayaran FFC x TMTG membawa bekalan makanan, ubat-ubatan serta mesej keamanan ke Gaza, selain menuntut pembukaan koridor kemanusiaan bagi membantu rakyat yang terkesan akibat peperangan.

Seramai lapan delegasi Malaysia menaiki kapal Conscience, termasuk Prof Emeritus Dr Mohd Alauddin dan Dr Fauziah, manakala seorang lagi wakil Malaysia berada di atas kapal layar Umm Saad.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber; Harian Metro (Raja Noraina Raja Rahim)

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pada usia baru mencecah 25 tahun, Muhammad Hareez Adzrami atau lebih dikenali sebagai Haroqs membuktikan bahawa usia muda bukanlah penghalang untuk berjuang demi kemanusiaan....

Nasional

Lebih 200 ilmuwan dari dalam dan luar negara bakal berkumpul di Persidangan Agung Karya Agung Melayu (PAKAM 2025) yang akan berlangsung di Putrajaya, pada...

Sosial

Hasrat seorang anak muda untuk menghadiahkan coklat kepada anak-anak Gaza akhirnya tidak kesampaian, apabila beliau bersama 16 aktivis Malaysia lain ditahan oleh IDF ketika...

Sosial

Terkini, sebuah lagi kapal yang berlayar dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) yang membawa dua aktivis Malaysia, Zainal Rashid Ahmad (ZRA) dan Muhammad...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd