Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

FFCxTMTG: Aktivis Malaysia Dikasari, Diberi Layanan Tidak Berperikemanusiaan

Aktivis Malaysia Dikasari

Beberapa aktivis Malaysia yang menyertai misi Freedom Flotilla Coalition dan Thousand Madleens to Gaza (FFC x TMTG) dilaporkan telah dikasari dan mengalami penderaan fizikal serta layanan tidak berperikemanusiaan semasa dan selepas pemintasan oleh pihak berkuasa asing.

Ketua Pegawai Eksekutif Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Kamarul Zaman Shaharul Anwar, berkata peguam Pusat Undang-Undang bagi Hak Minoriti Arab (ADALAH) memaklumkan tindakan agresif termasuk menendang, menampar dan mencengkam peserta misi.

Aktivis Malaysia Dikasari

Beliau menegaskan, keadaan itu mirip pengalaman peserta misi Global Sumud Flotilla sebelum ini.

“Setakat 3 petang tadi, peguam ADALAH di lokasi telah berjumpa dengan 100 aktivis daripada 145 yang ditahan. Sembilan aktivis Malaysia disahkan tiada kecederaan.
“Namun pihak MyCARE akan mengatur pemeriksaan lebih lanjut sejurus dibebaskan bagi memastikan kesihatan mereka dalam keadaan yang baik,” katanya pada sidang media di Serdang, Khamis.

Menurut Kamarul Zaman, tujuh aktivis Malaysia telah menandatangani surat deportasi, manakala dua lagi masih menunggu status. MyCARE masih menunggu laporan peguam ADALAH dan proses tribunal dijangka selesai tengah malam ini waktu Malaysia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kesemua aktivis terdiri daripada doktor perubatan serta wartawan antarabangsa yang membawa bantuan kemanusiaan dan bukan senjata.

“Mereka membawa harapan, ubat-ubatan dan kasih.
“Oleh itu, saya menyeru rakyat Malaysia bersatu dalam doa dan solat hajat agar setiap usaha murni mereka dipermudah, keselamatan mereka dijaga dan semangat perjuangan terus menyala walau di mana pun mereka berada,” katanya.

Misi FFC x TMTG melibatkan kira-kira 150 aktivis dari 25 negara menaiki sembilan kapal, termasuk Conscience dan Umm Saad, yang dipintas semalam ketika berada kurang 120 batu nautika dari destinasi misi.

Artikel lain: FFCxTMTG: 145 Aktivis Termasuk Sembilan Rakyat Malaysia Dipindah Ke Penjara Ketziot

Lapan rakyat Malaysia berada di atas kapal Conscience, iaitu Ketua Delegasi Malaysia Prof Emeritus Dr Mohd Alauddin; Dr Fauziah Mohd Hassan; Dr Hafiz Sulaiman; Dr Ili Syakira Mohd Suhaimi; Prof Dr Mohd Afandi Salleh; Dr Noorhasyimah Ismail; Norsham Abu Bakar; dan wartawan Astro Awani, Syafik Shukri Abdul Jalil. Seorang lagi doktor perubatan, Dr Maziah Muhammad, berada di atas kapal Umm Saad.

Sumber: BERNAMA

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Keterjaminan Makanan Dan Komoditi Negeri Terengganu, Dato’ Dr Azman Ibrahim memaklumkan bahawa tiada ladang ternakan babi beroperasi...

Sosial

Seorang kanak-kanak, Muhammad Yusof meninggal dunia secara mengejut dalam kejadian bulan lalu yang didakwa akibat kecuaian pihak klinik yang tidak dapat menyediakan bekalan oksigen...

Sosial

Personaliti media sosial, Tareq Fit, tampil mempertahankan dirinya selepas timbul dakwaan bahawa kenyataan serta kandungan dimuat naik olehnya menjejaskan nama baik sebuah perniagaan milik...

Sosial

Permulaan tahun 2026 dilihat kurang baik bagi usahawan terkenal, Ojen Aiwah apabila sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap jurulatih kecergasan, Tareq Fit susulan kenyataan yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd