Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Air Terjun ‘Instant’ Di KLIA, Hujan Lebat Punca Alami Kebocoran

Situasi kecoh seketika tercetus di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) apabila kawasan pelepasan di aras 5 tiba-tiba basah lencun selepas air hujan mencurah masuk seperti ‘air terjun instant’.

Aliran air macam air terjun

Menerusi video yang tular di media sosial, ramai yang terkejut melihat aliran air yang turun agak deras dari bahagian siling.

Cuaca ekstrim antara sebab ‘air terjun’ di KLIA

Difahamkan insiden itu berlaku ketika hujan lebat serta ribut kuat melanda sekitar Sepang, menyebabkan beberapa bahagian terminal mengalami kebocoran.

Lantai di kawasan pelepasan turut dipenuhi air hingga menarik perhatian pelancong yang sedang menunggu penerbangan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

KLIA dalam satu kenyataan di media sosial rasmi menjelaskan bahawa punca kebocoran adalah cuaca ekstrem yang berlaku secara serentak.

Menerusi kenyataan tersebut, mereka dalam keadaan berjaga-jaga dan mengutamakan keselamatan penumpang daripada sebarang risiko.


“Pasukan kami dalam keadaan berjaga-jaga dan mengutamakan keselamatan penumpang, usaha pengawalan, dan perlindungan sistem elektrik,” ujarnya.

air terjun

Artikel lain: Pelancong India Mengamuk, Dapat Burger ‘Non Vege’ Dibeli Di McD KLIA

Menurut KLIA lagi, pasukan kejuruteraan, operasi dan keselamatan sudah pun berada di lokasi untuk menguruskan keadaan serta memastikan gangguan kepada operasi penerbangan berada pada tahap minimum.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Pemantauan dipertingkat sedang dijalankan kerana ribut petir dan cuaca ekstrem dijangka berterusan sehingga sekitar jam enam petang,” ujar mereka.

Susulan daripada itu, pihak KLIA memaklumkan bahawa sebarang perkembangan lanjut akan diumumkan jika perlu dan menghargai kesabaran para penumpang yang terkesan dengan kejadian di luar jangka itu.

Sumber: Facebook KL International Airport, shahayati81

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

“Dia sorang je berani gigit inspektor.” Itu antara komen netizen terhadap satu video yang dimuat naik oleh wanita dikenali sebagai ‘Inspektor Sheila’ di aplikasi...

Sosial

Seorang wanita yang mengaku sedang dalam pantang selepas bersalin menerima kecaman ramai apabila didakwa makan dan minum di siang hari pada bulan Ramadan. Menerusi...

Lokal

Perbicaraan kes perebutan harta pusaka bernilai lebih RM1.6 bilion membabitkan cucu kepada pengasas Kumpulan Genting, Lim Goh Tong, berlangsung dalam suasana tegang di mahkamah...

Sosial

Sepasang lelaki dan wanita bukan suami isteri ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dalam satu serbuan di sebuah bilik sewa di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd