Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Ahmad Zahid Ingatkan MP BN Bawa Suara Rakyat Secara Bertanggungjawab

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan Ahli Parlimen (MP) BN untuk memainkan peranan mereka dengan berkesan, pada sidang parlimen kali ini yang bermula 14 Oktober dengan membawa suara serta kepentingan rakyat secara bertanggungjawab.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sesi pre-council BN semalam, sebagai persediaan menghadapi Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Sidang Parlimen ke-15.

Foto: Facebook Zahid Hamidi

“Kestabilan politik adalah kunci kepada pembangunan negara dan kita perlu komited untuk terus mendukung usaha ini demi kesejahteraan rakyat dan masa depan negara,” katanya menerusi catatan di Facebook miliknya.

Menerusi kenyataan di Facebook, beliau mengingatkan agar semua Ahli Parlimen BN dapat membawa suara dan kepentingan rakyat dengan bertanggungjawab.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya berharap agar semua Ahli Parlimen Barisan Nasional dapat memainkan peranan dengan efektif dalam sidang Parlimen kali ini, membawa suara dan kepentingan rakyat dengan penuh tanggungjawab. Insya-Allah,” ujarnya.

Foto: Facebook Zahid Hamidi

Ahmad Zahid berkata, pada pertemuan itu, beliau dan wakil rakyat BN telah mendengar pembentangan daripada Menteri dan Timbalan Menteri dalam kalangan BN mengenai isu-isu yang akan dibincangkan dalam sidang parlimen kali ini.
Foto: Facebook Zahid Hamidi
Pada sidang Parlimen kali ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual membentangkan Belanjawan Madani 2025 pada 18 Oktober nanti.
Sumber: Facebook Zahid Hamidi

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki di bawah pengaruh alkohol dan dadah di Jalan Raya Barat di sini...

Lokal

“Saya mahukan keadilan untuk suami dan anak-anak. Saya tak mahu ia berlalu begitu sahaja,” kata Nor Nadia Abdul Majid, isteri kepada Amirul Hafiz Omar,...

Sosial

Seorang bapa menangis apabila mendapat tahu anak lelakinya memperoleh keputusan cemerlang dengan 11A+ dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025. Anak peroleh keputusan cemerlang Menerusi...

Sosial

Seorang ibu mengundang sebak warga sekolah apabila hadir mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) milik anaknya yang telah meninggal dunia, sekali gus meninggalkan kenangan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd