Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Agong Ada Kuasa Prerogatif, Banduan Kena Kemuka Permohonan Pengampunan

Pengampunan banduan oleh Yang di-Pertuan Agong tidak kira mana-mana banduan yang dicadangkan untuk diberi keampunan atau pengurangan hukuman, permohonan hendaklah dikemukan oleh banduan terbabit.

Hal ini kerana Agong mempunyai kuasa prerogatif untuk memberi ampun, menunda hukum atau lega hukum bagi sebarang kesalahan yang dilakukan di Wilayan Persekutuan.

Pengampunan Banduan Kena Kemuka Permohonan

Pengampunan Banduan

Foto: Facebook Selangor Royal Office

Istana Negara menerusi kenyataan berkata, permohonan oleh banduan terbabit untuk dipertimbangkan Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong pada mesyuarat akan datang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ini berdasarkan peruntukan Perkara 42(1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan bagi kesalahan yang dilakukan di Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Agong juga berhak meremit, menggantung atau meringankan apa-apa hukuman yang dijatuhkan mahkamah bagi kesalahan tersebut.

“Agong mempunyai kuasa prerogatif untuk memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum bagi apa-apa kesalahan yang dilakukan.
“Agong juga boleh meremit, menggantung atau meringankan apa-apa hukuman yang telah dijatuhkan oleh mahkamah bagi kesalahan tersebut,” kata kenyataan rasmi Istana Negara hari ini.

Pengampunan Banduan

Foto: Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Oleh itu, Istana Negara mengingatkan agar semua pihak menghormati Perlembagaan dan undang-undang yang telah ditetapkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kenyataan itu dikeluarkan beberapa hari sebelum sesetengah pihak bercadang untuk berkumpul sebagai tanda menunjukkan solidariti terhadap Datuk Seri Najib Razak di Putrajaya minggu depan.

Sebelum ini isu pengampunan menjadi perhatian ekoran dakwaan wujud titah tambahan oleh Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, ketika baginda berkhidmat sebagai Agong yang berhubung pelaksanaan hukuman ke atas bekas perdana menteri berkenaan.

Pengampunan Banduan

Foto: Sinar Harian

Artikel lain: Najib Razak Boleh Merayu Kepada Agong Baharu Jika Tidak Berpuas Hati – Anwar

Advertisement. Scroll to continue reading.

Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan bersetuju memberi pengurangan hukuman penjara yang dikenakan ke atas Najib Razak, pada 2 Februari tahun lalu.

Susulan itu, Sultan Ibrahim menitahkan agar semua permohonan pengampunan bagi kesalahan yang dilakukan di Wilayah Persekutuan mesti mengikut “tatacara dan saluran yang telah ditetapkan” dan bukannya cara lain.

Najib sebelum dihukum penjara 12 tahun dan denda setelah didapati bersalah atas tuduhan rasuah dan salah guna kuasa dalam kes SRC International Sdn Bhd melibatkan dana RM42 juta.

Sumber: Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Malaysiakini

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Leslywan Gemmy

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Nurin Lofa mengejutkan ramai apabila memuat naik rakaman video luahan hatinya di platform TikTok mendakwa dicurangi oleh suami Fadrul Anuar. Pempengaruh...

Lokal

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid, enggan ulas dakwaan yang dilemparkan terhadapnya, sebaliknya menekankan kesediaannya untuk...

Lokal

6 Rangka Manusia Ditemui Dalam Rumah Terbakar? Polis menemukan rangka enam individu termasuk empat kanak-kanak yang dipercayai menjadi mangsa pembunuhan di sebuah rumah yang...

Lokal

Seorang eksekutif operasi bank ditemukan maut dengan tiga kesan tikaman dalam kejadian di Taman Sultan Abdul Halim, Jalan Tanjung Bendahara, di sini pada Isnin....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd