Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kes Zara Qairina: Pasukan Peguam Cadang AGC Dakwa Individu Terbabit Buli

Pasukan peguam yang mewakili ibu kepada Zara Qairina Mahathir, iaitu Noraidah Lamat mencadang Jabatan Peguam Negara (AGC) mengambil tindakan mendakwa mana-mana individu yang terlibat dalam perbuatan buli, seperti dinyatakan dalam keterangan berkaitan kes kematian remaja tersebut.

Cadang AGC dakwa individu terbabit buli

Menurut laporan Sinar Harian, pasukan peguam itu menjelaskan, cadangan berkenaan dikemukakan selepas sidang media pada Rabu oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar yang menyentuh mengenai kes kematian Zara Qairina.

AGC dakwa individu

“Antara pendedahan penting yang dibuat oleh beliau ialah hasil siasatan Pasukan Petugas Khas JSJ Bukit Aman, wujud keterangan-keterangan yang menjurus ke arah buli sebelum kejadian menimpa Zara.
“Jika keterangan-keterangan di atas boleh dipercayai di mahkamah, kami mencadangkan kepada AGC agar mendakwa individu atau individu-individu di dalam keterangan-keterangan tersebut yang melakukan buli di bawah Seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan,” katanya pada Khamis.

Artikel lain: Trauma Kes Zara Qairina, 124 Pelajar Diberi Sesi Pemulihan Keyakinan

Menurut pasukan peguam itu, seksyen berkenaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, atau denda, ataupun kedua-duanya sekali.

Advertisement. Scroll to continue reading.

AGC dakwa individu

“Apabila langkah ini diambil, inkues tidak perlu lagi diadakan. Namun, sekiranya keterangan-keterangan di atas tidak kuat atau tidak mencukupi bagi membentuk satu kesalahan di bawah seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan, siasatan lanjut perlu diteruskan bagi memperkuatkan keterangan-keterangan tersebut.
“Dalam keadaan ini, inkues perlu diadakan serentak dengan penyiasatan lanjut tadi dan pendakwaan boleh dilakukan kemudian,” ujarnya.

Kenyataan bersama tersebut dikeluarkan oleh barisan peguam iaitu Shahlan Jufri, Rizwandean M Borhan, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh dan Farrah Nasser.

Sumber: Sinar Harian (Asyikin Asmin)

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pelajar yatim piatu, Putera Iman Shah Shahiran, 19, hadir mendaftar di Universiti Utara Malaysia (UUM) hanya seorang diri selepas kehilangan kedua ibu bapa...

Sosial

Seorang pelajar Malaysia, Iman Mohamad Afif, mencatat sejarah membanggakan apabila dinobatkan sebagai pelajar terbaik bagi program Sarjana Kejuruteraan (Kejuruteraan Kimia dengan Tenaga dan Alam...

Dunia

Langkah Malaysia menurunkan harga petrol RON95 kepada RM1.99 seliter bermula 30 September 2025 mencetuskan perbualan hangat di media sosial Indonesia. Ramai yang tidak menyangka...

Sosial

Seorang pelancong Malaysia yang sedang bercuti di Vietnam menerima pujian ramai selepas tindakan beraninya menegur peniaga yang cuba menipu timbangan buah anggur sehingga tular...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd