Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Ada Lipas Dalam Penyimpanan Makanan, Empire Sushi Laksana Kerja Pembersihan Mendalam

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seekor lipas bebas berkeliaran di dalam tempat penyimpanan sushi sehingga berjaya menangkap perhatian warganet di media sosial.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna wanita, @hazieqira98 di laman TikToknya, dia mendakwa kejadian itu berlaku di Empire Sushi  cawangan Sunway Pyramid, Subang Jaya, semalam.

Dalam perkongsian tersebut, dia sempat merakam serangga perosak itu terperangkap dalam tempat penyimpanan dan kesannya, ramai meluahkan rasa bimbang tentang kualiti sushi yang disediakan.

Foto: Tiktok @hazieqira98

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hantaran ini dalam masa yang sama telah mendapat perhatian ramai warganet dengan jumlah tontonan sebanyak 1.7 juta dan rata-rata telah membangkitkan reaksi negatif warganet.

Sehingga kini, vido tersebut raih lebih 1.7 juta tontonan dan mendapat lebih 58,000 tanda suka daripada netizen selepas sehari dimuat naik dalam aplikasi tersebut.

Staf Empire Sushi Mohon Maaf, Lakukan Pembersihan Mendalam

Cakna terhadap isu tersebut, Empire Sushi menerusi akaun TikToknya, @empiresushi.my, membuat permohonan maaf secara terbuka kepada para pelanggan.

“Kami ingin memohon maaf atas kejadian baru-baru ini yang berlaku di cawangan Sunway Pyramid. Kesejahteraan dan keselamatan pelanggan adalah keutamaan kami,” kata wakil staf di ruangan kapsyen.

Foto: Tiktok @empiresushi.my

Advertisement. Scroll to continue reading.

Cawangan tersebut telah pun diarahkan tutup sementara untuk kerja-kerja pembersihan menyeluruh termasuk memangggil kawalan serangga perosak (pest control) bagi memastikan standard dan keselamatan keseluruhan restoran mereka terjaga.

“Kami komited sepenuhnya untuk menyelesaikan isu ini, mengambil lebih banyak langkah tambahan untuk mencegah sebarang kejadian sebegini pada masa hadapan.
“Kepercayaan anda adalah sangat penting dan kami berjanji akan bekerja tanpa jemu bagi memastikan kunjungan anda yang seterusnya adalah bebas daripada sebarang kebimbangan,”  ujar staf Empire Sushi lagi.

Foto: Tiktok @empiresushi.my

Untuk makluman semua, anda boleh salurkan aduan kepada pihak berkuasa, iaitu Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) KKM sekiranya makanan yang dibeli di mana-mana premis tidak berkualiti, tamat tarikh luput, tercemar serta rosak.

Hubungi talian BKKM atau 1 Malaysia One Call Centre (1MOCC): 03-8885 0797 atau 03-8000 8000.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Tiktok @hazieqira98, @empiresushi.my

Ditulis oleh Leslywan Gemmy

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Berita pertunangan Chazynash menarik perhatian ramai semalam apabila beliau berkongsi momen penting itu di media sosial. Majlis berlangsung di sebuah restoran, dengan kapsyen penuh...

Lokal

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggeledah pejabat Tentera Darat di Kementerian Pertahanan (MINDEF) serta kediaman rasmi seorang pegawai kanan Tentera Darat, kelmarin, dalam siasatan...

Lokal

Seorangbekas menteri memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan menerima wang rasuah kira-kira RM5 juta serta sebuah kereta mewah jenis Lamborghini....

Lokal

Seorang juruukur berusia 23 tahun didakwa membunuh ibu kandung serta adik perempuan angkatnya di sebuah rumah di Teluk Air Tawar, Butterworth, pada 10 Disember...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd