Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Sultan Pahang Saran Kerajaan Haramkan Vape

Kerajaan disaran mengharamkan secara menyeluruh terhadap penggunaan vape atau rokok elektronik yang dikatakan menjadi salah satu punca kepada penagihan dadah.

Menurut laporan Utusan Malaysia, Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyarankan perkara tersebut selepas baginda menzahirkan kebimbangan terhadap jumlah penagih di negeri Pahang.

Baginda bertitah, Pahang mencatat 11,750 penagih di bawah pengawasan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dengan 57 peratus daripadanya berusia 15 hingga 30 tahun.

“Antara sebab mereka (penagih dadah) terlibat, secara langsung dan tidak langsung ialah kerana bermula dengan rokok dan sekarang ada alat vape. Alat ini adalah alat yang merosakkan kesihatan.
“Saya menyuarakan kepada pihak kerajaan supaya alat ini perlu diharamkan secara total supaya tidak perlu hendak beri pertimbangan sewajarnya dan terbukti bukan sahaja di Malaysia malah seluruh dunia,” titah baginda dalam Majlis Pengurniaan Anugerah Kecemerlangan Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) 2024 di Hotel The Zenith, Kuantan pada Isnin.

Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Tengku Panglima Raja, Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah turut mengiringi keberangkatan baginda.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, Al-Sultan Abdullah mengingatkan semua pihak terutama ibu bapa untuk bersama membantu membanteras gejala dadah yang semakin berleluasa di negeri tersebut.

“Sudah sampai masanya ibu bapa di negeri Pahang ini tidak kiralah yang ada anak terlibat atau tidak terlibat bangkit untuk membantu, berilah nasihat yang sewajarnya,” titah baginda.

Sumber: Utusan Malaysia (Norhafizan Zulkifli)

Ditulis oleh Tina Rahman

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Spotlight

Pelakon Song Jae-rim ditemui meninggal dunia pada usia 39 tahun, di apartmennya di Seoul, oleh seorang rakan yang sepatutnya keluar makan tengahari bersama petang...

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Lokal

Sebanyak 80 peratus daripada 300 pengunjung yang berhibur di kelab malam Genting Discotheque dikendalikan Genting Hotel pada malam hujung minggu, majoriti dihadiri rakyat Malaysia...

Nasional

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) melantik tiga ikon bahasa dalam kalangan pempengaruh media sosial, bagi membantu agensi itu memberikan asas penggunaan bahasa yang baik...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd