Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Hamil Enam Bulan, Wanita Hidap HIV Mengaku Bersalah Terlibat Aktiviti Persundalan

Seorang wanita hamil enam bulan dikenakan hukuman penjara selama sebulan serta denda RM25,000 atas dakwaan terlibat dengan aktiviti persundalan menggunakan nama Miza Ozawa di aplikasi Telegram, awal bulan lalu.

Memetik laporan Harian Metro, tertuduh Siti Amiza Baharuddin mengaku bersalah atas dakwaan terbabit selepas Majistret Nurdiyanah Mohd Nawawi mendengar pertuduhan yang dibacakan dihadapannya.

Foto: Harian Metro

Menurut pertuduhan, wanita yang juga peniaga ubat kuat itu dipercayai mencari pelanggan untuk menjalankan aktiviti persundalannya di sebuah unit kondominium yang terletak di Bandar Bukit Mahkota, Kajang sekitar jam 4 petang, pada 6 Jun lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun begitu, tarikh 24 Jun ini telah ditetapkan oleh Nurdiyanah bagi fakta kes dan jatuh hukum dimana pertuduhan akan diperdengarkan di hadapan hakim Mahkamah Sesyen.

Jika didapati bersalah, tertuduh berusia 27 tahun itu boleh didakwa mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Difahamkan, tertuduh telah membuat rayuan agar hukumannya diringankan kerana sedang hamil enam bulan serta menghidap HIV namun tiada sebarang jaminan yang ditetapkan oleh pihak mahkamah berhubung pertuduhan tersebut.

Susulan itu, Amiza dijatuhi hukuman penjara sebulan dan denda RM12,500 selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan iaitu memiliki bahan lucah dan ubat terlarang tanpa kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: NSTP

Bagi pertuduhan pertama iaitu memiliki bahan lucah yang terkandung dalam komputer riba dan tiga telefon bimbit miliknya, mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan.

Manakala, kesalahan memiliki ubat tidak berdaftar dengan KKM, iaitu dua kotak Secret Negro dan dua kotak Dara Jelita, akan didakwa melanggar Peraturan 7(1)(a) Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Foto: Majoriti

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kesalahan tersebut boleh membawa kepada denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Sumber: Harian Metro (Suraya Roslan)

Nadhirah Suhaimi
Ditulis oleh Nadhirah Suhaimi

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Sebanyak 13 ekor kuda di sebuah pusat latihan kuda yang dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) di Kampung Mengabang Panjang, Kuala Nerus yang...

Lokal

Polis Diraja Malaysia (PDRM) siasat satu video tular yang memaparkan beberapa individu turunkan bendera Jalur Gemilang dan menggantikannya dengan bendera Sabah dan Sarawak. Memetik...

Lokal

Restoran milik Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISB) masih beroperasi di United Kingdom walaupun kebanyakan perniagaannya telah ditutup di Malaysia. Foto: Facebook GISB...

Lokal

Khutbah Jumaat di semua surau dan masjid di Melaka mencetuskan konflik apabila slaid yang dikendalikan oleh Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) menampilkan gambar ahli...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd