Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

79 Banduan Penjara Marang Bebas Menerusi PBSL, Peluang Kedua Sempena Aidilfitri

Seramai 79 banduan di Penjara Marang dilepaskan menerusi Program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) Madani Yakin sempena sambutan Aidilfitri.

Peluang kedua sempena Aidilfitri

Daripada jumlah berkenaan, 17 prospek dibenarkan pulang ke pangkuan keluarga, manakala baki 62 lagi ditempatkan bersama majikan melalui program penempatan pekerjaan yang diselaraskan pihak penjara.

Timbalan Pengarah Penjara Marang, Penguasa Penjara Fandika Shafruddin berkata, program bertemakan “Kepulangan Yang Dinanti” itu merupakan inisiatif Jabatan Penjara Malaysia bagi memberi peluang kedua kepada prospek untuk menjalani baki hukuman di luar penjara.

Menurut beliau, pendekatan tersebut membantu prospek menyesuaikan diri dengan kehidupan sebenar selain meneruskan proses pemulihan dalam komuniti.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Melalui PBSL, prospek diberi peluang bekerja dan membina kehidupan lebih stabil, sekali gus mengelakkan mereka kembali melakukan kesalahan sama,” katanya.

Beliau menjelaskan, penempatan prospek dilaksanakan menerusi konsep Corporate Smart Internship (CSI) dengan kerjasama pelbagai sektor termasuk perkilangan, pelancongan dan industri lain sebagai rakan strategik Jabatan Penjara.

Katanya lagi, program itu bukan sahaja membuka ruang pekerjaan sah, malah menyokong pemulihan prospek dari aspek sosial dan ekonomi.

“Majoriti prospek yang dilepaskan membabitkan kesalahan ringan, khususnya kes berkaitan dadah seperti Seksyen 15 dan Seksyen 12 (Akta Dadah Berbahaya 1952).
“Kebanyakan mereka menjalani hukuman jangka pendek iaitu kurang tiga tahun dan majoritinya adalah pesalah kali pertama,” jelasnya.

Artikel lain: Diberi Keampunan! ‘Terharu, Saya Bekas Banduan Pertama Sultan Selangor Berkenan Jumpa’

Menurutnya, terdapat juga sebilangan kecil prospek dengan kesalahan berulang namun tetap diberi peluang untuk berubah melalui program berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau berharap semua prospek yang dibebaskan dapat memanfaatkan peluang tersebut dan kembali sebagai individu yang produktif dalam masyarakat.

“Kita mahu mereka pulih sepenuhnya dan kembali kepada masyarakat sebagai insan yang lebih baik,” tambahnya lagi.

Sumber: Harian Metro (Zaid Salim)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pelukis muda kelahiran Kelantan, Muhammad Darwisy Mustafani, 25, berjaya menarik perhatian apabila diberi kepercayaan menghasilkan potret khas Putera Mahkota Brunei, Pengiran Muda Mahkota...

Bisnes

Pengasas Berjaya Corp Bhd (BJCORP), Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun, telah melupuskan 306 juta saham dalam syarikat itu melalui urus niaga perniagaan secara...

Sosial

Aktivis masyarakat, Tamim Dahri menafikan dakwaan menghina simbol suci agama Hindu selepas videonya memijak dan membengkokkan trisula atau soolam tular di media sosial sejak...

Nasional

Seramai 500 hingga 800 keluarga dalam kalangan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka menerima manfaat menerusi pelaksanaan Program Cakna Autisme ATM yang diperkenalkan oleh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd