Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

6 Cedera Dalam Kemalangan Babitkan Bas Ekspres, Treler Dan Perodua Alza

Enam individu cedera dalam satu kemalangan jalan raya membabitkan sebuah bas ekspres, dua buah treler dan sebuah kereta jenis Perodua Alza di Jalan Jemaluang, berhampiran Risda Sungai Ambat, awal pagi tadi.

Menurut laporan Kosmo!, Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Shamsuri Shafai, pihak Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor menerima panggilan kecemasan berhubung insiden tersebut pada jam 5.38 pagi.

Foto: Kosmo!

“Seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mersing bersama tiga jentera dikerah ke lokasi sejauh 31 kilometer dan tiba pada jam 6.04 pagi,” katanya.

Beliau memaklumkan, kemalangan itu melibatkan sebuah bas ekspres yang membawa 46 penumpang, dua treler dengan muatan 52 tan serta sebuah Perodua Alza yang dinaiki empat orang.

“Seorang pemandu Perodua Alza didapati tersepit di dalam kenderaan dan anggota pasukan bertindak menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa.
“Mangsa berjaya dikeluarkan sebelum dihantar ke hospital dengan bantuan ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan jentera EMRS bagi mendapatkan rawatan lanjut,” ujarnya.

Foto: Harian Metro

Tambahnya lagi, dua pemandu treler turut mengalami kecederaan, manakala kesemua 46 penumpang bas dilaporkan selamat.

Sumber: Kosmo! (Masturah Suradi)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun tiga bulan, Muhammad Asyraf Rayyan yang menghidap penyakit lebihan cecair dalam kepala (hidrosefalus) sejak dilahirkan, menghembuskan nafas terakhir pada...

Sosial

Seorang wanita warga Indonesia tampil mendakwa menjadi mangsa kecuaian doktor perubatan selepas menjalani pembedahan di sebuah hospital swasta di Malaysia tanpa persetujuan bertulis, selain...

Lokal

Seorang pemandu van warga Thailand direman empat hari susulan kemalangan maut yang meragut nyawa seorang penunggang motosikal di persimpangan lampu isyarat Napoh, Jitra malam...

Lokal

Motif sebenar kes guru besar dan isteri yang ditemukan maut di sebuah rumah di Sri Aman masih dalam siasatan, kata Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd