Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

39 Jemaah Umrah Malaysia Terkandas Di Jeddah Pulang Malam Ini

Kesemua jemaah umrah Malaysia yang dilaporkan terkandas di Jeddah sejak 25 Julai lalu akhirnya bakal pulang ke tanah air malam ini.

Jemaah umrah Malaysia terkandas

Menurut laporan Malaysia Gazette, Ahli kumpulan jemaah terbabit, Mohd Firdaus Shukri, memaklumkan seramai 39 jemaah akan berlepas dari Lapangan Terbang Jeddah pada jam 9 malam waktu Arab Saudi dengan penerbangan Malaysia Airlines (MAS) dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 11.15 pagi esok waktu tempatan.

jemaah umrah

Foto: Malaysia Gazette

Menurutnya, kepulangan ini direalisasikan hasil usaha Firdaus Firabib yang juga Pengerusi dan Imam Masjid Al Busra, Merbok, Kedah yang membantu menguruskan penerbangan pulang mereka atas dasar kemanusiaan.

Artikel lain: Kecoh 43 Jemaah Umrah Terkandas! Agensi Akui Tak Mampu Sedia Tiket Pulang, Alami Masalah Kewangan

“Hanya 39 jemaah menaiki penerbangan malam ini kerana tiga lagi telah pulang lebih awal pagi tadi. Ustaz Firdaus juga dijangka berada di KLIA esok untuk menyambut ketibaan mereka,” katanya.

Semalam, Firdaus melalui akaun TikTok memaklumkan kesediannya membantu menguruskan perjalanan pulang jemaah yang terkandas walaupun beliau tidak mempunyai kaitan dengan agensi pelancongan yang menguruskan kumpulan berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
jemaah umrah

Foto: FB Firdaus Firabib

Terdahulu, 42 jemaah umrah Malaysia yang terdiri daripada warga emas dan penjawat awam dilaporkan terkandas di Jeddah selepas mendakwa menjadi mangsa pemalsuan dokumen tiket penerbangan pulang oleh sebuah agensi pelancongan tempatan, Persada Global Holidays (PGH).

Jemaah terbabit yang sepatutnya pulang ke tanah air selepas selesai menunaikan umrah dan ziarah ke Taif terkejut apabila dimaklumkan tiket penerbangan mereka tidak wujud walaupun bayaran penuh telah dibuat kepada syarikat pengendali.

Lebih mengecewakan, sebahagian jemaah turut membeli pakej tren laju Haramain High-Speed Railway dari Madinah ke Mekah, namun tiket yang dijanjikan tidak disediakan pada 20 Julai lalu menyebabkan mereka terpaksa menaiki bas.

jemaah umrah

Foto: Kosmo!

Insiden ini mendapat perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, yang menegaskan kerajaan komited membawa pulang semua jemaah dengan selamat.

Katanya, Kedutaan Besar Malaysia di Arab Saudi sedang mengatur langkah segera bagi memastikan kebajikan dan keselamatan mereka terjamin.

Beliau menegaskan kerajaan memandang serius kes penipuan yang melibatkan jemaah umrah, khususnya warga emas dan penjawat awam, serta tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang cuba memperdayakan mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Malaysia Gazette (Mohd Zaini Samsu Hadi)

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Hubungan antara adik-beradik tidak akan pernah terputus biarpun sering diuji dengan pelbagai masalah kerana dilahirkan daripada rahim yang sama. Sedih orang terakhir dipeluk Baru-baru...

Lokal

Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) didapati menganugerahkan kontrak katering bernilai RM25.64 juta kepada sebuah syarikat yang tidak memiliki sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam...

Sosial

Seorang pelajar jurusan Kerja Sosial Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) bertindak berani apabila terjun ke dalam tasik bagi menyelamatkan seorang remaja perempuan yang cuba keluar...

Lokal

Seorang doktor lelaki maut selepas kenderaan dipandunya terbabas sebelum merempuh sebuah stor penyimpanan gas di Jalan Kampung Undang, di Kuala Terengganu, pada Selasa. Mangsa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd