Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

30 Tahun Tadbir Kelantan Tanpa Kes Besar Rasuah, PAS Yakin Mampu Urus Negara

Ketua Pemuda Pas Selangor, Mohamed Sukri Omar mendedahkan lebih 30 tahun pentadbiran PAS di Kelantan yang bebas daripada skandal rasuah besar dijadikan sebagai bukti kemampuan parti itu mentadbir negara dengan baik serta berintegriti.

Menurut laporan Sinar Harian, rekod bersih berkenaan juga tidak pernah dicapai oleh negeri lain, sekali gus menonjolkan PAS sebagai parti paling stabil dalam gabungan Perikatan Nasional (PN).

30 tahun tadbir Kelantan

30 tahun tadbir Kelantan

“Lebih 30 tahun kita mentadbir Kelantan dan hingga kini tiada kes besar rasuah. Ini membuktikan Pas serius menjaga integriti pentadbiran dan bukan sekadar retorik politik,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sesi perbahasan usul Muktamar Pas ke-71 di Kompleks Pas Kedah di Kota Sarang Semut pada Selasa.

Beliau juga menekankan bahawa pentadbiran PAS di Terengganu yang dipimpin oleh barisan teknokrat berpengalaman semakin mengukuhkan kredibiliti parti itu sebagai sebuah entiti politik yang berupaya melaksanakan dasar dengan cara profesional dan berkesan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kita lihat di Terengganu, pentadbirannya dipimpin oleh teknokrat yang berwibawa. Ini memberi keyakinan kepada rakyat bahawa Pas bukan sahaja berpolitik, tetapi juga mampu mentadbir dengan cemerlang,” ujarnya.

Mohamed Sukri turut menyatakan bahawa inisiatif pembangunan Greater Kedah mencerminkan kesungguhan PAS dalam memacu kemajuan negeri melalui pendekatan yang strategik serta berfokus.

Sementara itu, pentadbiran di Perlis pula dilihat sebagai contoh kepimpinan yang rapat dengan rakyat, sekali gus menampilkan gaya pemerintahan yang mesra serta prihatin terhadap keperluan masyarakat.

Artikel lain: Hantaran Rujuk Wanita Cina: Pemuda PAS Mohon Maaf, Cuma Fokus Keselamatan Sultan Perak

30 tahun tadbir Kelantan

“Gabungan kejayaan di empat negeri ini, ditambah dengan penguasaan 43 kerusi Parlimen, sudah cukup untuk membuktikan Pas layak tampil sebagai peneraju utama PN,” tambahnya.

Beliau menegaskan bahawa sudah sampai waktunya PAS tidak lagi sekadar menjadi pengikut dalam gabungan itu, sebaliknya perlu tampil sebagai peneraju yang mengemudi hala tuju negara ke arah yang lebih baik.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kita tidak boleh hanya menjadi pengikut. Pas perlu menjadi nakhoda utama dalam PN demi masa depan negara,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menekankan kepentingan PAS menampilkan calon yang benar-benar dipercayai rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), bukannya sekadar bergantung kepada kuota parti.

Pendekatan itu diyakini mampu meningkatkan peluang kemenangan sekali gus menjadi strategi penting untuk membawa PAS ke Putrajaya.

Sumber: Sinar Harian (Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Nurin Lofa mengejutkan ramai apabila memuat naik rakaman video luahan hatinya di platform TikTok mendakwa dicurangi oleh suami Fadrul Anuar. Pempengaruh...

Lokal

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid, enggan ulas dakwaan yang dilemparkan terhadapnya, sebaliknya menekankan kesediaannya untuk...

Lokal

6 Rangka Manusia Ditemui Dalam Rumah Terbakar? Polis menemukan rangka enam individu termasuk empat kanak-kanak yang dipercayai menjadi mangsa pembunuhan di sebuah rumah yang...

Lokal

Seorang eksekutif operasi bank ditemukan maut dengan tiga kesan tikaman dalam kejadian di Taman Sultan Abdul Halim, Jalan Tanjung Bendahara, di sini pada Isnin....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd