Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Yang Bising Semasa Saya Jadi PM Dulu, Silakan Bersuara Lagi – Ismail Sabri

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri mencabar mana-mana individu yang pernah lantang bersuara isu rakyat semasa dibawah pentadbirannya sebelum ini supaya bersuara kepada kerajaan yang terkini.

Menurut laporan Berita Harian, meskipun kenyataannya tidak merujuk kepada mana-mana pihak tertentu,  beliau berharap individu yang tidak puas hati pada suatu ketika dahulu untuk tampil ke hadapan.

“Mengenai (pengeluaran) KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja), semalam, sewaktu saya sedang bersenam dan makan, ada mak cik datang dan mengadu pada saya minta kalau boleh mereka keluarkan KWSP.
“Dulu waktu (pentadbiran) saya, ramai yang bising bila kita membuat kajian, sama ada boleh dikeluarkan KWSP atau tidak. Akhirnya kita (benarkan) keluarkan.
“Ramai yang bising dulu. Saya harap rakyat bersuara kali ini minta untuk dikeluarkan KWSP. Mana-mana yang bersuara kuat semasa saya jadi Perdana Menteri dulu, silakan bersuara lagi,” katanya.

Bukan itu sahaja, Ismail Sabri turut menegaskan kerajaan perlu menyelesaikan harga barangan yang kian meningkat dan bukan memboikot peniaga yang enggan untuk menurunkan harga.

Mana tidaknya, beliau berpendapat dengan memboikot kedai makan yang tidak menurunkan harga akan memburukkan lagi keadaan memandangkan ia akan menyusahkan perniagaan tempatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebaliknya, kerajaan perlu memberikan jalan penyelesaian yang terbaik buat semua pihak bagi membantu meringankan kos sara hidup rakyat.

( File PIX ) Datuk Seri Ismail Sabri. — RAJA FAISAL HISHAN/The Star

“Dengan tahun arnab, saya berharap Malaysia lebih cergas dari segi ekonomi dan perkembangan ekonomi lebih baik berbanding tahun lepas. Dari segi kos sara hidup dapat dikurangkan kerana rakyat mengadu tentang kos sara hidup yang tidak menentu.
“Malah hari ini, saya dapat tahu dari laporan media tentang harga makanan meningkat, boikot kedai makan. Jadi perkara ini atau kenyataan seperti ini tidak membantu rakyat, bahkan lebih menyusahkan peniaga di restoran.
“Kalau bahan mentah meningkat, ayam harganya mahal, sayur mahal, ikan harga mahal, pasti peniaga di restoran menaikkan harga. Kalau kita boikot peniaga, kita akan lebih menyusahkan peniaga dan tak membantu mereka,” ujarnya lagi.

Sumber: Berita Harian (Fahmy A Rosli)

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Nurin Lofa mengejutkan ramai apabila memuat naik rakaman video luahan hatinya di platform TikTok mendakwa dicurangi oleh suami Fadrul Anuar. Pempengaruh...

Lokal

6 Rangka Manusia Ditemui Dalam Rumah Terbakar? Polis menemukan rangka enam individu termasuk empat kanak-kanak yang dipercayai menjadi mangsa pembunuhan di sebuah rumah yang...

Lokal

Seorang eksekutif operasi bank ditemukan maut dengan tiga kesan tikaman dalam kejadian di Taman Sultan Abdul Halim, Jalan Tanjung Bendahara, di sini pada Isnin....

Sosial

Permintaan seorang anak yatim piatu, Abdur Rahman, 21, untuk menyunting foto pernikahannya dengan memasukkan semua ahli keluarga yang telah meninggal dunia meruntun hati ramai...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd