Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Wanita Dibuang Suami Ke Pusat Jagaan, Anak Dilarang Melawat Sejak 2015 – “Dikurung Macam Banduan”

Seorang wanita berusia 50 tahun yang didakwa dikurung di sebuah pusat jagaan sejak hampir satu dekad lalu oleh suaminya sendiri, kini dilaporkan hilang selepas dibawa keluar oleh lelaki berkenaan pada pagi Selasa.

Wanita dibuang suami ke pusat jagaan

Menantu kepada mangsa, Omar H. Rizal mendakwa wanita tersebut telah diambil dari rumah penjagaan tanpa sebarang pengawasan pihak ketiga, menyebabkan ahli keluarga bimbang akan keselamatannya.

“Kami tidak tahu di mana beliau berada sekarang. Kami risau akan keselamatannya kerana ini bukan kali pertama beliau diasingkan secara paksa daripada anak-anak dan keluarga,” kata Omar menerusi satu pendedahan di laman Instagram.

Bertemu ibu mentua pada Januari lalu

Wanita dibuang suami

Dituduh tak waras tanpa bukti sah

Omar mendakwa bahawa ibu mentuanya, Afiza ditempatkan di rumah penjagaan warga emas sejak tahun 2015, atas alasan kononnya mengalami masalah kesihatan mental namun tiada sebarang bukti perubatan atau pengesahan rasmi daripada pakar.

Sepanjang tempoh itu, wanita tersebut dikatakan tidak dibenarkan memiliki telefon bimbit, tidak boleh menerima lawatan termasuk daripada anak-anaknya sendiri selain mengalami layanan yang tidak setimpal.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Ada hari beliau hanya diberi makan roti atau biskut, sementara ahli keluarga lain menikmati hidangan panas. Anak-anak beliau sendiri pernah menjadi saksi kepada layanan sedemikian,” kata Omar lagi.

Akhirnya dapat jumpa anak dan cucu

Wanita dibuang suami

Wanita dibuang suami

Beliau turut memaklumkan bahawa wanita itu masih dalam keadaan mental yang stabil dan telah memberikan keizinan penuh untuk menceritakan kisahnya kepada umum. Malah, keluarga juga mempunyai rakaman video sebagai bukti.

Tak mahu tandatangan borang poligami?

Polis ikut undang-undang

Sementara itu, insiden terbaru berlaku di hadapan empat anggota polis, apabila suami kepada wanita berkenaan dilaporkan membuat kenyataan menyentuh soal harta, yang menurut keluarga, tidak pernah menjadi isu sebenar.

“Dia tanya, ‘kenapa anak-anak nak jaga mak dia? Sebab harta ke?’. Tiada siapa pun bercakap tentang duit. Isunya ialah penderaan, pengabaian, dan hak sebagai manusia,” ujar Omar.

Malah Omar mendakwa, pihak polis tidak dapat mengambil tindakan serta-merta kerana si suami masih dianggap penjaga sah dari sudut undang-undang. Kes ini hanya boleh diselesaikan melalui saluran sivil, yang memerlukan tempoh masa dan kos guaman yang tinggi sekali gus situasi sukar bagi keluarga terbabit.

Rayu sumbangan dan sokongan

Bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil, ahli keluarga mangsa kini memohon sumbangan awam bagi menampung kos guaman serta menggerakkan kes ini ke mahkamah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna Facebook, Ishaq Marazi, tampil mendedahkan pandangan berhubung projek pembangunan semula Kampung Sungai Baru yang kini hangat diperkatakan. Menurutnya, beliau merupakan antara pemilik...

Sosial

Baru-baru ini tular seorang pemandu kesal dengan tindakan pihak berkuasa yang mengeluarkan saman hanya kerana tidak dapat menunjukkan lesen memandu dalam aplikasi MyJPJ. Menerusi...

Sosial

Seorang lelaki berusia 30 tahun berdepan detik cemas apabila terperangkap di tiang landasan tren aliran massa (MRT) selepas dipercayai cuba mencuri kabel di Jalan...

Nasional

Sempena sambutan Hari Malaysia 2025, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) telah menganjurkan program Bicara Malaysiana: Menjunjung Rukun Negara, Memperkukuh Jati Diri Bangsa bertempat di Auditorium...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd