Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Pernah Tular ‘Hidup Semula’ Sebelum Dibakar, Wanita Akhirnya Betul-Betul Temui Ajal

Seorang wanita warga emas dari Phitsanulok yang sebelum ini mengejutkan keluarga dan pihak kuil apabila didapati masih hidup ketika berada di dalam keranda, akhirnya menghembuskan nafas terakhir pada 14 Disember lalu.

Wanita ‘hidup semula’ meninggal dunia di hospital

Menurut kenyataan The Thaiger,  Chonthirat Sakulku, 65, telah meninggal dunia dengan tenang di Hospital Bang Yai dan urusan pengebumian serta pembakaran mayat telah disempurnakan pada 16 Disember menerusi program pengebumian percuma anjuran kuil berkenaan.

wanita

Foto: The Thaiger

Terdahulu, Chonthirat disangka telah meninggal dunia selepas mengalami penyakit serius sebelum dibawa oleh keluarganya ke kuil untuk urusan pembakaran mayat.

Artikel lain: Wanita Tertua Di Kelantan Meninggal Dunia Pada Usia 124 Tahun Akibat Sakit Tua

Namun ketika persiapan sedang dijalankan, petugas kuil menyedari terdapat pergerakan dari dalam keranda. Pemeriksaan segera mendapati wanita tersebut masih bernyawa sebelum dikejarkan ke hospital.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pemeriksaan perubatan mendapati keadaan Chonthirat ketika itu berpunca daripada paras gula dalam darah yang terlalu rendah. Walaupun menerima rawatan, kesihatannya dilaporkan semakin merosot.

wanita

Pihak hospital kemudian mengesahkan jangkitan saluran kencing sebagai punca kematian rasmi seperti yang direkodkan dalam sijil kematian.

Ahli keluarga Chonthirat merakamkan penghargaan kepada ketua sami dan kaki tangan kuil atas bantuan dan keprihatinan yang diberikan sepanjang kejadian itu.

Pihak kuil turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang menzahirkan simpati dan doa selepas insiden berkenaan tular.

Advertisement. Scroll to continue reading.

wanita

Kes seumpama ini bukan pertama kali berlaku di Thailand. Awal tahun ini, sebuah keluarga di Phatthalung dilaporkan mengadakan upacara pengebumian untuk anak lelaki remaja mereka yang terlibat dalam kemalangan, sebelum mengetahui bahawa mangsa sebenarnya masih hidup dan sedang dirawat di hospital.

Dalam satu lagi kejadian berasingan, seorang lelaki berjaya diselamatkan selepas terperangkap dalam lumpur di kawasan hutan paya bakau di Chumphon selama tujuh hari, selepas seorang nelayan tempatan yang menemuinya pada awalnya menyangka lelaki tersebut telah meninggal dunia.

Sumber: The Thaiger (Chattarin SiradakulPublished)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Kerajaan Kelantan mengisytiharkan hari Khamis, 19 Mac sebagai cuti hari kelepasan am bagi seluruh negeri sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Menteri Besar...

Bisnes

Syarikat teknologi gergasi, Meta Platforms, dilaporkan merancang pemberhentian pekerja secara besar-besaran yang berpotensi menjejaskan lebih 20 peratus tenaga kerjanya. Langkah itu dilihat sebagai usaha...

Sosial

Seorang lelaki tidak dapat menahan kekecewaan apabila isterinya dicekup dipercayai berkhalwat bersama seorang lelaki lain di sebuah rumah di sini, semalam. Kejadian kira-kira jam...

Sosial

Seorang individu di platform Threads tampil mendedahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan tindakan seorang lelaki mengasari isterinya di sebuah kawasan premis perniagaan. Berdasarkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd