Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Ustaz Tiga Isteri Didenda RM2,800, Ajar Agama Islam Tanpa Tauliah

Seorang penceramah bebas dikenakan denda RM2,800 oleh Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mengajar agama Islam tanpa tauliah di sebuah surau di Seksyen 19 tahun lalu.

Menurut laporan Berita Harian, tertuduh Faridul Firdaus Zaulkapli, 39, yang juga suami kepada tiga isteri dilaporkan sebak ketika mengaku bersalah sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Syarie, Siti Rahmah Hussin.

Mengikut pertuduhan, Faridul didapati menyampaikan kuliah agama tanpa pentauliahan sah daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) pada 2 September 2024, sekitar jam 8.15 hingga 8.40 malam.

agama

Foto: BH

Dia didakwa mengikut Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003, yang memperuntukkan hukuman maksimum denda RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan yang dikendalikan oleh Pendakwa Syarie, Siti Nor Hashibah Jamhari, memaklumkan bahawa siasatan bermula selepas Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menerima aduan mengenai kuliah tanpa tauliah yang dikendalikan tertuduh.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pemerhatian mendapati bapa kepada 10 orang anak itu berada di ruang mihrab dan sedang mengupas ayat daripada Surah As-Sajdah.

Faridul ditahan sejurus kuliah selesai, kira-kira jam 9.10 malam, dan gagal mengemukakan sebarang dokumen pentauliahan semasa pemeriksaan dilakukan.

Dalam rayuannya, Faridul memohon hukuman ringan atas alasan menanggung keluarga besar serta sudah hilang sumber pendapatan.

Katanya, tauliah dimiliki telah tamat tempoh pada 2024 dan permohonannya untuk memperbaharuinya sudah dikemukakan sebanyak dua kali.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya tiada niat melanggar undang-undang dan amat menyesal dengan perbuatan ini. Saya mohon tidak dikenakan hukuman penjara kerana perlu menjaga anak-anak saya, termasuk yang bongsu berusia sembilan bulan,” katanya.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan membantah permohonan hukuman ringan dan menegaskan bahawa tertuduh telah menunjukkan sikap tidak menghormati sistem perundangan Islam negeri ini.

“Kes ini menarik perhatian awam dan perlukan hukuman yang setimpal agar menjadi pengajaran kepada masyarakat,” hujah Siti Nor Hashibah.

Hakim kemudiannya menasihatkan tertuduh agar menghormati undang-undang yang diwujudkan bagi mencegah penyebaran ajaran sesat.

“Nak ajar agama kena ada tauliah. Undang-undang ini diwujudkan untuk menjaga kesucian Islam dan elak penyimpangan,” ujarnya.
agama

Foto: Sinar Harian

Mahkamah turut mengenakan penalti tambahan RM1,500 terhadap Faridul kerana gagal hadir ke prosiding sebelum ini pada 21 Mei, hingga menyebabkan waran tangkap dikeluarkan.

Terdahulu, media melaporkan polis sedang menyiasat seorang penceramah bebas yang didakwa menyebarkan video seks membabitkan isterinya dan beberapa wanita lain.

Kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Berita Harian (Suraya Roslan)

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Tular di media sosial, seorang pengguna Facebook mendedahkan perbuatan terkutuk seorang pakar kaunseling yang menganjurkan sebuah program yang didakwa bercanggah dengan syariat Islam dan...

Sosial

Bapa kepada pempengaruh cilik, Abang Aji tampil menafikan dakwaan bahawa anaknya makan secara berlebihan, susulan teguran jurulatih kecergasan, Tareq Fit, berhubung berat badan kanak-kanak...

Sosial

Pertemuan dua gadis sebaya, Putri Qisya dan Keisya, menarik perhatian netizen apabila wajah mereka kelihatan sangat seiras hingga ramai menyamakannya seperti pasangan kembar. Momen...

Nasional

Sarawak berjaya mengekalkan status sebagai negeri berpendapatan tinggi di Malaysia tiga tahun berturut-turut mengikut data terkini Pendapatan Negara Kasar (PNK) 2024 per kapita yang dikeluarkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd