Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Suami Isteri Mohon Maaf Selepas Isu Tumbler RM75 Hilang Di Kereta Api Tular

Kadangkala, perkara yang kecil boleh menimbulkan isu besar jika tidak ditangani dengan wajar.

Begitulah yang berlaku kepada pasangan suami isteri, Anita dan Alvin, apabila sebuah botol tumbler bernilai RM75 menjadi punca kontroversi di media sosial.

Tumbler punca pengawal keselamatan diberhentikan kerja

Menyedari tindakan mereka sebelum ini menimbulkan rasa tidak puas hati ramai pihak, pasangan ini tampil memohon maaf secara terbuka.

tumbler

“Kami ingin memohon maaf, terutama kepada Argi dan semua pihak yang terlibat. Cara kami mengendalikan masalah ini sangat tidak bijak dan telah menjejaskan ramai pihak.
“Insiden ini menjadi pengajaran supaya kami lebih berhati-hati pada masa akan datang. Dari lubuk hati yang paling dalam, sekali lagi kami minta maaf yang sebesar-besarnya,” katanya.

Artikel lain: Anggap Neelofa ‘Orang Suci’, Pempengaruh Mohon Maaf Selepas Kena Kecam

Advertisement. Scroll to continue reading.

Permohonan maaf ini muncul selepas isu kehilangan botol tumbler milik Anita tular di platform Threads. Kisah tersebut mendapat perhatian netizen dan menimbulkan kecaman hebat kerana cara pasangan ini menangani situasi itu dilihat tidak wajar.

tumbler

Segalanya bermula pada 17 November lalu, apabila Anita tertinggal begnya dan juga botol tumbler di dalam kereta api semasa pulang dari kerja.

Argi, seorang staf sekuriti yang bertugas pada hari itu, telah menemui beg milik Anita yang tertinggal itu dan meletakkan semua barangan tersebut di tempat penyimpanan selamat.

Keesokan harinya, Anita datang untuk mengambil begnya. Setelah memeriksa, dia mendapati botol tumbler miliknya tiada dan mula berasa marah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menyedari situasi itu, Argi bersumpah bahawa dia tidak mengambil botol tersebut dan bahkan bersedia untuk menggantikannya.

Walaupun begitu, pasangan suami isteri itu tetap tidak berpuas hati dan terus memanjangkan isu tersebut di platform Threads. Perkongsian mereka menjadi tular, menarik perhatian ramai pengguna media sosial dan menimbulkan kecaman hebat.

Kadangkala, sesuatu perkara kecil boleh dibayar cash dengan akibat yang jauh lebih besar daripada yang dijangka.

tumbler

Akibat kontroversi ini, Argi mendakwa dia telah dibuang kerja walaupun baru berkhidmat selama tiga bulan. Malangnya, Anita sendiri turut menerima padah apabila syarikat tempatnya bekerja mengambil tindakan tegas dan memecatnya berikutan kontroversi yang timbul.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam kenyataan rasmi, pihak syarikat menegaskan bahawa tindakan wanita berkenaan tidak mencerminkan nilai dan identiti perusahaan mereka. Keputusan pemecatan Anita berkuat kuasa segera susulan kontroversi tersebut.

tumbler

Kini, pasangan suami isteri itu tampil mengambil tanggungjawab atas tindakan mereka. Mereka menekankan bahawa pengalaman ini menjadi pengajaran berharga untuk lebih berhati-hati dalam mengendalikan sesuatu isu, walaupun ia nampak kecil pada pandangan pertama.

Sumber: Threads @anitadewl

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pemuda tampil memohon maaf selepas didakwa memperlekeh guru, dengan mengatakan dirinya belum pernah melihat profesion tersebut menggunakan kereta mewah Lamborghini meskipun sering menekankan...

Lokal

Ketika ini sedang berlangsung musim istiadat konvokesyen di seluruh negara, iaitu saat yang dinanti-nantikan oleh ribuan graduan selepas bertahun-tahun berhempas pulas menamatkan pengajian. Namun,...

Lokal

Seorang lelaki berusia 40 tahun, Mohamed Badruldin Mohamed, dijatuhi hukuman penjara 30 tahun dan 13 sebatan oleh Mahkamah Tinggi pada Jumaat selepas mengaku bersalah...

Sosial

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang majikan berkongsi sikap baik pekerjanya yang tidak pernah berkira dalam menjalankan tugas. Menerusi perkongsian di Threads, seorang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd