Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Trump Semak Semula Kadar Tarif Import Ke Atas Malaysia

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump membuat keputusan untuk menangguhkan pengumuman tarif timbal balas 25 peratus ke atas produk Malaysia, sekali gus memberi ruang kepada rundingan lanjut antara kedua-dua negara.

Menurut laporan Malaysia Gazette, Trump memaklumkan perkara itu sendiri kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu panggilan telefon pada jam 6.50 pagi tadi.

trump

Foto: msn

“Pada jam 6.50 pagi tadi saya berpeluang bercakap dengan Presiden AS, Donald Trump. Kadar tarif akan diumum esok dan kita berharap ia tidak membebankan ekonomi negara,” kata Anwar.

Keputusannya menangguhkan pengumuman tarif dilihat memberi sedikit kelegaan kepada Malaysia memandangkan pengumuman  awal sebelum ini menetapkan tarif 25 peratus berkuat kuasa 1 Ogos 2025.

Artikel lain: PM Anwar Seru Thailand & Kemboja Henti Ketegangan, Kembali Ke Meja Rundingan

Dalam perbualan itu, Trump turut menekankan komitmen AS terhadap prinsip perdagangan bebas, sambil mengiktiraf siri rundingan yang telah dijalankan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bersama Wakil Perdagangan dan Setiausaha Perdagangan AS.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain isu tarif, Trump merakamkan penghargaan kepada Malaysia atas peranan yang dimainkan dalam membantu menyelesaikan konflik Thailand-Kemboja.

trump

Presiden AS itu turut mengesahkan kehadirannya ke Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 pada Oktober ini, menandakan kesediaannya untuk memperkukuh hubungan diplomatik dan ekonomi AS dengan negara-negara ASEAN.

Keputusan untuk menangguhkan pengumuman tarif ini dilihat sebagai isyarat positif kepada pasaran, namun penentuan kadar akhir yang akan diumumkan esok kekal menjadi perhatian utama pelabur dan penganalisis ekonomi.

Sumber: Malaysia Gazette (Shawaliah Hadir)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Seramai 500 hingga 800 keluarga dalam kalangan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka menerima manfaat menerusi pelaksanaan Program Cakna Autisme ATM yang diperkenalkan oleh...

Lokal

Ibu kepada bayi berusia tujuh bulan yang maut dalam kemalangan melibatkan motosikal dan kereta di simpang Jalan Bunga Kertas, Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada...

Lokal

Seorang lelaki R. Ganesalingam, 49, didakwa di Mahkamah Majistret Klang hari ini atas tuduhan membunuh seorang penembak bermotosikal dalam insiden di Kapar yang tular...

Lokal

Kerajaan Kelantan mengisytiharkan hari Khamis, 19 Mac sebagai cuti hari kelepasan am bagi seluruh negeri sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Menteri Besar...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd