Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Tinggal Anak-Anak Tiga Jam Di ‘Indoor Playground’, Pasangan Beri Alasan Hanya Pergi Makan

Dalam dunia yang sentiasa bergerak laju ini, kita sering lupa bahawa anak kecil bukanlah barang yang boleh ditinggalkan di suatu sudut, lalu disambar kembali sesuka hati.

Tinggal anak hingga kelaparan

Kisah yang berlaku di sebuah taman permainan dalam pusat beli belah baru baru ini menjadi cermin kepada kelalaian yang tidak sepatutnya berlaku.

tinggal anak

Segalanya bermula apabila seorang pengguna Instagram, @thomaschen8800, memuat naik video berdurasi lebih seminit yang kini tular.

Video itu memaparkan pasangan dipercayai suami isteri yang mahu mengambil anak-anak mereka setelah meninggalkannya dengan begitu lama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Dua Kanak-Kanak Ditemui Tepi Jalan Bukan Ditinggalkan, Tapi Keluar Tanpa Pengetahuan Ibu Bapa

Menurut Thomas, dia berada di taman permainan itu kerana membawa anaknya sendiri untuk bermain.

Namun, apa yang menarik perhatiannya ialah seorang kanak kanak yang dibiarkan sendirian di kawasan permainan yang terletak di dalam pusat beli belah tersebut.

Oleh sebab rasa bimbang yang semakin bertambah, dia memilih untuk menunggu. Satu jam berlalu. Dua jam kemudian barulah kelibat ibu bapa kanak kanak itu muncul.

Advertisement. Scroll to continue reading.

tinggal anak

Ketika itulah Thomas tidak mampu berdiam lagi. Dengan nada yang sarat dengan marah bercampur kecewa, dia menegur mereka secara terus.

“Korang tak layak jadi mak bapak sebab tinggal anak korang sampai lama macam ni,” katanya.

Dia turut mendakwa bahawa sepanjang menunggu, kanak kanak tersebut hampir hilang dua kali selepas cuba melangkah keluar menuju ruang pusat beli belah yang dipenuhi orang ramai.

“Anak kau hampir hilang dua kali tau tak, dia nak keluar. Kalau aku tak jaga anak kau, dia dah hilang,”ujarnya.

Bukan itu sahaja, Thomas berkata budak itu menangis kelaparan hingga membuatkannya sendiri terpaksa membeli makanan untuk diberikan kepada kanak kanak tersebut.

Hatinya sebak melihat keadaan budak itu yang ditinggalkan tanpa sebarang belas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun tegurannya tidak diterima baik. Pasangan itu cuba mempertahankan diri dengan mengatakan bahawa mereka pergi makan sekejap sahaja.

tinggal anak

Penjelasan itu membuatkan Thomas semakin tidak puas hati.

“Sekejap saja kau kata, aku tunggu sini sampai dua jam tunggu anak kau. Kalau tak percaya, kita check CCTV,” bidas Thomas.

tinggal anak

Kisah tinggal anak itu kini menjadi perbualan hangat di media sosial. Ramai memuji tindakan Thomas yang bertindak sebagai mata dan telinga untuk keselamatan budak tersebut, sementara ramai juga meluahkan rasa kecewa terhadap sikap sambil lewa pasangan ibu bapa itu yang didakwa mengutamakan makan daripada keselamatan anak sendiri.

Puas hati dengar brother ni marah tinggal anak

Respect sir

tinggal anak

Wujud eh mak bapak macam ni

tinggal anak

Sumber: Instagram @thomaschen8800

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Keterjaminan Makanan Dan Komoditi Negeri Terengganu, Dato’ Dr Azman Ibrahim memaklumkan bahawa tiada ladang ternakan babi beroperasi...

Sosial

Permulaan tahun 2026 dilihat kurang baik bagi usahawan terkenal, Ojen Aiwah apabila sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap jurulatih kecergasan, Tareq Fit susulan kenyataan yang...

Sosial

Personaliti media sosial, Tareq Fit, tampil mempertahankan dirinya selepas timbul dakwaan bahawa kenyataan serta kandungan dimuat naik olehnya menjejaskan nama baik sebuah perniagaan milik...

Lokal

Sekolah Kebangsaan (SK) Tebing Rebak di sini menyaksikan hanya seorang murid mendaftar bagi sesi Tahun 1 tahun 2026 semalam. Raissyah Aafiyah Rahmat, 7, memulakan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd