Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Spa Songsang: Tiada Siapa Mengaku Jadi Mangsa, 171 Warga Tempatan Dibebaskan – KP KL

Tiada Siapa Mengaku Jadi Mangsa

Serbuan besar-besaran terhadap sebuah kelab kesihatan yang dipercayai menjadi lokasi aktiviti seksual songsang di Chow Kit pada 28 November lalu berakhir tanpa tindakan lanjut terhadap majoriti warga tempatan serta penganjur premis.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Fadil Marsus berkata permohonan reman terhadap 171 warga tempatan ditolak majistret kerana lewat dikemukakan.

“Sebab apa (lewat), tangkapan ramai. Proses nak dibuat satu per satu untuk dikelaskan. Permohonan reman lambat dibuat dan majistret tolak. Kita dapat reman warga asing saja (selama) dua hari,” katanya.

Tiada Siapa Mengaku Jadi Mangsa

Majlis tersebut turut dihadiri Menteri Wilayah Persekutuan, Dr Zaliha Mustafa dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mohd Na’im Mokhtar.

Fadil memaklumkan siasatan yang dijalankan di bawah Seksyen 377 dan 372 Kanun Keseksaan bagaimanapun berdepan kebuntuan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau berkata penganjur premis juga masih bebas dan tidak dapat dikenakan tindakan buat masa ini.

“…tiada bukti yang boleh membantu pihak polis menjalankan siasatan ke arah perkara tersebut.
“…penganjur dia nampak macam still at large. Kita tak boleh nak serang. Lepas itu, kita tak boleh nak tuduh mereka ini dari sudut undang-undang yang ada sekarang,”katanya.

Menurutnya lagi, ketiadaan mangsa menyukarkan sebarang dakwaan berkaitan eksploitasi atau pelacuran, selain aspek penguatkuasaan undang-undang syariah tidak dapat diteruskan di Kuala Lumpur.

“Sebab setiap kali eksploitasi, pelacuran, ataupun luar tabi’i, mesti ada mangsa tetapi tiada daripada mereka yang nak mengaku jadi mangsa. So, the case is gone
“Dari sudut penguatkuasaan undang-undang syariah pula, yang ada di Selangor, di Kuala Lumpur tidak ada. Setakat ini kita hanya minta mereka datang untuk diberi ceramah,”jelas beliau.

Fadil berkata pindaan undang-undang perlu dipertimbangkan bagi mengelakkan insiden seumpamanya terus berulang.

“Apa yang kita lihat kalau kita tak buat pindaan undang-undang, perkara ini akan berlaku bahkan lebih teruk. Kami ambil tindakan, tetapi tiada keberhasilan,”jelasnya lagi.

Artikel lain:

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam operasi hasil risikan selama dua minggu itu, seramai 202 individu ditahan, termasuk 31 warga asing dan 17 penjawat awam.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Mohd Azani Omar berkata serbuan dibuat pada jam 8 malam dengan kerjasama KL Strike Force PDRM, JAWI dan DBKL.

Premis dua tingkat berkenaan dipercayai beroperasi sejak lapan hingga 10 bulan dengan waktu operasi bermula 5 petang hingga 11 malam pada hari bekerja, dan 3 petang hingga 11 malam pada hujung minggu.

Sumber: BERNAMA

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Keterjaminan Makanan Dan Komoditi Negeri Terengganu, Dato’ Dr Azman Ibrahim memaklumkan bahawa tiada ladang ternakan babi beroperasi...

Sosial

Permulaan tahun 2026 dilihat kurang baik bagi usahawan terkenal, Ojen Aiwah apabila sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap jurulatih kecergasan, Tareq Fit susulan kenyataan yang...

Sosial

Personaliti media sosial, Tareq Fit, tampil mempertahankan dirinya selepas timbul dakwaan bahawa kenyataan serta kandungan dimuat naik olehnya menjejaskan nama baik sebuah perniagaan milik...

Lokal

Sekolah Kebangsaan (SK) Tebing Rebak di sini menyaksikan hanya seorang murid mendaftar bagi sesi Tahun 1 tahun 2026 semalam. Raissyah Aafiyah Rahmat, 7, memulakan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd