Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tiada Sebelah Payudara, Suami Ceraikan Isteri Derita Kanser Tahap Empat

Seorang isteri dikenali Mimi Mohd diceraikan suaminya kerana tidak berpuas hati wanita tersebut menjalani pembedahan membuang sebelah payudara akibat menderita kanser tahap empat.

Dia yang kini bekas pesakit kanser berusia 54 tahun menceritakan, dirinya mengambil keputusan untuk menjalani rawatan berkaitan selepas disahkan menghidap kanser tahap empat.

Menurutnya, dia mengikut saranan doktor supaya sebelah daripada payudaranya dibuang bagi mengelak sel kanser merebak.

Bagaimanapun, suaminya pada ketika itu (bekas) tidak bersetuju dia membuang payudara. Namun, dia tetap terus menjalani rawatan berkenaan kerana memikirkan nyawa sendiri.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Namun, dalam masa sama suaminya (bekas) tidak mahu dia membuang payudara yang mempunyai sel kanser itu.
“Saya nekad, walaupun tidak dibenarkan suami, namun saya teruskan pembedahan membuang sebelah payudara kerana nyawa adalah lebih penting,”
“Selepas pembedahan membuang sebelah payudara akibat kanser tahap empat, saya diceraikan suami,” katanya ketika ditemui selepas Penyampaian Bantuan Pendahuluan Nafkah Bahagian Sokongan Keluarga Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu di sini, semalam.

payudara kanser

Artikel lain: Victoria Beckham Akui Menyesal Pernah Besarkan Payudara

Dia bagaimanapun akur dengan kehendak ‘bekas’ suaminya yang tidak boleh menerima dia enggan berubat secara tradisional.

“Sebelum lafaz cerai, dia (suami) pernah berkata orang yang menghidap kanser payudara macam saya hanya mampu hidup setahun sahaja.
“Bagi saya ajal, maut, jodoh itu ketentuan Allah SWT dan selepas tujuh tahun pembedahan saya masih bernafas seperti biasa dan akibat tekanan daripada suami ketika itu, saya kini menghidap pelbagai penyakit termasuk kemurungan, penyakit sendi, tekanan perasaan dan pelbagai lagi,” katanya lagi.

payudara kanser

Ceritanya lagi, dia tidak menyangka suaminya langsung tidak memberi semangat di saat dia sedang bertarung nyawa melawan kanser. Sebaliknya menambah tekanan kepada dirinya.

“Kini saya anggap sudah terlepas dari ‘neraka dunia’ kerana tersalah dalam berkongsi hidup dengan manusia yang tidak pandai menghargai,”kongsi wanita tersebut.

payudara kanser

Dalam pada itu, dia mengakui kini tenang dan tinggal bersama anak keduanya selepas diceraikan, dan tiga lagi anaknya tidak menyangka bapa mereka sanggup berbuat demikian angkara sebelah payudara dibuang akibat kanser.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dia kini mengambil keputusan untuk medapatkan haknya kembali iaitu nafkah penjagaan anak daripada bekas suami.

Sumber: Harian Metro (Nazdy Harun)

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Baru-baru ini, tular seorang suami mendedahkan perbuatan terkutuk isterinya bersama rakan sekerja yang didakwa berlaku curang di belakangnya. Suami dakwa isteri disondol lelaki lain...

Sosial

Baru-baru ini, tular di media sosial melibatkan seorang suami yang dikenali sebagai ‘Abang Wiring’ menjalinkan hubungan terlarang bersama seorang wanita dipercayai bekerja sebagai seorang...

Dunia

Melaksanakan ibadah haji adalah impian setiap seorang Muslim namun tidak semua berpeluang mengerjakan ibadah tersebut kerana melibatkan kos yang sedikit tinggi. Terima jemputan tunai...

Lokal

Suasana di Lebuh Alor Gajah–Melaka Tengah–Jasin (AMJ) berhampiran Kampung Sungai Petai, bertukar hiba apabila seorang lelaki yang berada di tempat kejadian cuba menyedarkan mangsa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd