Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tegur Buat Bising Awal Pagi, Pesara Maut Dilanggar Pemandu Mabuk

Seorang pesara dilaporkan meninggal dunia selepas dilanggar oleh pemandu mabuk yang berang ditegur kerana membuat bising  di Kampung Padang, Jalan Pokok Mangga Melaka.

Memetik laporan dari Kosmo! Sa’adon Sahat, 57 telah dilanggar dan diseret sejauh 20 meter selepas menegur dua lelaki yang berada di dalam Perodua Axia kerana membuat bising di kawasan rumah sekitar jam 2.45 pagi.

Tak terima ditegur buat bising

Menurut anak mangsa yang turut keluar menegur dua orang lelaki itu mengatakan yang mereka sempat berlari sehingga ke belakang kedai serbaneka 24 jam setelah dikejar menggunakan kereta sebelum bapanya dilanggar.

“Kami terjaga kira-kira pukul 2.40 pagi dan keluar untuk me­minta lelaki itu beredar.
“Kira-kira beberapa minit kemudian mereka datang semula dengan muzik kuat membuatkan kami keluar semula untuk menegur,” katanya.
“Kereta itu kemudian dilihat berpusing menuju ke arah bapa dan melanggar serta menye­retnya sejauh kira-kira 20 meter ke belakang kedai,” ujarnya.

Sempat lihat bapa berpaut pada bonet sebelum jatuh

Dia juga sempat melihat bapanya berpaut di bonet kereta itu sebelum terjatuh dan hendak dilanggar sekali lagi. Mujur dia menjerit selepas melihat bapa yang berlumuran darah sebelum kedua-dua suspek bertindak melarikan diri.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kedua-dua mereka dipercayai mabuk telah melarikan diri, ayah pula disahkan meninggal dunia pada pukul 2.04 petang ketika dirawat di hospital, kini tinggal kami tujuh beradik dan ibu.
“Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Padang,” jelasnya.

Seorang dah kena cekup, satu lagi hilangkan diri

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit ketika dihubungi telah mengesahkan kejadian tersebut dan telah membuat tangkapan ke atas seorang lelaki berusia 28 tahun.

Walau bagaimanapun, pihak polis masih mengesan seorang lagi lelaki tempatan berusia 27 tahun bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Jenazah mangsa juga telah dikebumikan di anah Perkuburan Kampung Padang malam tadi selepas dimaklumkan anaknya di laman Facebook.

https://www.facebook.com/NurQistina87/posts/pfbid031jUs6MAeSTowAkXZp6z6iuZ4w35v6kXnudJhGtkM2QEeTKkr8B6hspMFbJc2zniFl

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Kosmo! (Diyanatul Atiqah Zakarya)

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Gong Badak kembali menjadi tumpuan apabila perhimpunan permotoran RXZ Member edisi ketujuh berlangsung hari ini hingga Sabtu, menghimpunkan ribuan pemilik serta peminat Yamaha RXZ...

Lokal

Hasrat seorang pekerja ladang untuk menyertai Himpunan RXZ 7.0 di Terengganu bertukar tragedi apabila mengalami kecelakaan jalan raya di kilometer 21 Jalan Pekan-Nenasi, Rompin,...

Dunia

Dunia kehakiman dan jutaan pengikut di seluruh dunia berdukacita apabila hakim yang dikenali dengan sifat belas kasihannya, Frank Caprio meninggal dunia dengan pada usia...

Nasional

Kementerian Pertahanan (MINDEF) terus memperhebat kerjasama strategik dengan agensi kerajaan dan swasta demi memperkasa sosioekonomi veteran tentera.  Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, usaha...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd