Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

LFL Gesa PM Anwar Tarik Balik Arahan ‘Bersihkan’ Rumah Ibadat Haram -Zaid Malek

Lawyers for Liberty (LFL) menggesa Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, supaya tarik balik arahan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk “membersihkan” mana-mana rumah ibadat yang dibina secara tidak sah, sambil menekankan beliau berkhidmat untuk semua rakyat Malaysia dan bukan hanya kepada umat Islam.

Tarik balik arahan bersihkan rumah ibadat haram

Memetik laporan daripada Malaysiakini, Pengarah Eksekutif LFL, Zaid Malek, menyatakan penarikan balik arahan itu penting bagi mengelakkan kebencian kaum dan agama daripada terus merebak, sama ada melalui sokongan kerajaan secara nyata mahupun tersirat.

“Pendekatan yang lebih holistik dan berhemah mesti digunakan apabila membincangkan perkara yang menjejaskan rumah ibadat mana-mana komuniti agama di Malaysia,” katanya.

Minta tarik balik arahan, dakwa boleh cetus bahaya

Zaid menyifatkan arahan Anwar sebagai “berbahaya” dan “tidak bertanggungjawab,” memberi amaran ia boleh membuka ruang kepada perobohan kuil Hindu secara sewenang-wenangnya.

“Ini adalah kenyataan yang membimbangkan dan mengejutkan daripada perdana menteri. Adakah dia telah menilai kesannya?
Apa sebenarnya maksud beliau apabila meminta PBT untuk ‘membersihkan kawasan yang bukan milik kuil’? Kesimpulanna ialah beliau maksudkan laksanakan perobohan kerana beliau tidak menawarkan sebarang penyelesaian alternatif.
Ia adalah arahan yang berbahaya dan provokatif daripada PM, yang pada dasarnya merupakan arahan kepada PBT untuk bergerak secara proaktif ke arah merobohkan semua kuil haram.
“Ia lampu hijau untuk perobohan, dan ini tidak pernah berlaku dalam sejarah kita,” katanya.

Anggap istilah kuil haram motif perkauman

Dalam pada itu, beliau memberi amaran bahawa arahan itu boleh membawa kesan yang tidak boleh berpatah balik terhadap hubungan kaum dan agama.

Zaid juga mengkritik Anwar kerana menggunakan istilah “kuil haram,” yang menurutnya telah menyumbang kepada ketegangan sosial dan merendahkan komuniti Hindu.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Sentimen di sebalik istilah itu bermotifkan perkauman, yang ditujukan khusus untuk menghina dan merendahkan komuniti Hindu di Malaysia.
“Anwar, yang berbangga dengan kemahirannya dalam bahasa Melayu, mustahil tidak menyedari nada rasis yang jelas di sebalik istilah itu.
“Ia adalah laungan golongan xenofobia yang kini mensasarkan kuil-kuil Hindu dan penganutnya di seluruh negara.
“Mereka kini akan lebih berani untuk mengambil tindakan lebih drastik kerana telah menerima sokongan tersirat daripada PM sendiri,” tambahnya.

tarik balik arahan

Zaid menegaskan bahawa memberi tumpuan semata-mata kepada aspek legaliti akan mengabaikan nilai sejarah, agama dan sentimental rumah ibadat kepada komuniti yang menggunakannya.

“Sebab itulah kelulusan nyata oleh seorang PM yang sedang berkhidmat untuk merobohkan semua kuil ‘haram’ tanpa ragu-ragu akan menghancurkan keharmonian kaum dan agama negara yang sememangnya sudah rapuh,” katanya.

Artikel lain: Pengerusi Kuil Didakwa Ceroboh Tanah Milik Orang Lain

Pagi tadi, Anwar mengambil pendirian tegas mengenai pertikaian rumah ibadat haram, menekankan bahawa semua tindakan mesti mematuhi undang-undang, sambil mengkritik kedua-dua pihak — mereka yang bertindak sendiri dan mereka yang membina rumah ibadat secara tidak sah.

Sumber: Malaysiakini 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Nurin Lofa mengejutkan ramai apabila memuat naik rakaman video luahan hatinya di platform TikTok mendakwa dicurangi oleh suami Fadrul Anuar. Pempengaruh...

Lokal

6 Rangka Manusia Ditemui Dalam Rumah Terbakar? Polis menemukan rangka enam individu termasuk empat kanak-kanak yang dipercayai menjadi mangsa pembunuhan di sebuah rumah yang...

Lokal

Seorang eksekutif operasi bank ditemukan maut dengan tiga kesan tikaman dalam kejadian di Taman Sultan Abdul Halim, Jalan Tanjung Bendahara, di sini pada Isnin....

Sosial

Permintaan seorang anak yatim piatu, Abdur Rahman, 21, untuk menyunting foto pernikahannya dengan memasukkan semua ahli keluarga yang telah meninggal dunia meruntun hati ramai...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd