Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tanpa UPSR, MRSM Sukar Nilai Potensi Sebenar Pelajar – Asyraf Wajdi

Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyatakan ketiadaan sistem penilaian berpusat seperti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) telah menyukarkan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) membuat penilaian terhadap potensi pelajar.

Beliau berkata, ketiadaan UPSR itu menjadi salah satu faktor kepada pencapaian ujian kemasukan ke MRSM rendah.

Malah, pihak MRSM juga sukar untuk menilai keupayaan dan potensi sebenar pelajar.

“Tanpa sistem penilaian berpusat seperti UPSR, sukar untuk menilai keupayaan dan potensi sebenar pelajar.
“Salah satu faktor pencapaian ujian kemasukan ke MRSM rendah juga disebabkan tiadanya UPSR,” katanya menerusi satu catatan di Facebook hari ini.

https://www.facebook.com/drasyrafwajdidusuki/posts/pfbid0prcdaHAgAW7uJxQB534ZhZWXCqoCdPpNPGQyWeQ8pN1FNe65PuC3nfGmJrqA7eB3l

Sebelum ini, Menteri di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Fadhlina Sidek  memaklumkan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tidak akan dikembalikan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau berkata demikian ketika disoal berikutan ramai ibu bapa mahukan UPSR dikembalikan sebagai penanda aras pencapaian anak-anak mereka.

Maklum Fadhlina, usaha KPM pada ketika ini adalah memberi tumpuan kepada Tinjuan Pelaksanaan Kurikulum Persekolahan 2027. Ia bertujuan bagi membangunkan kurikulum persekolahan baharu demi memastikan pendidikan masa depan lebih kukuh.

Fadhlina juga meminta para ibu bapa diminta untuk memberikan tumpuan kepada usaha KPM yang akan mengadakan jelajah atau jerayawara berhubung kurikulum baharu ini.

Artikel lain: UPSR Tidak Akan Dikembalikan, Tumpu Kepada Kurikulum 2027- Fadhlina Sidek

Sumber: FB DR ASYRAF WAJDI DUSUKI

Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Lokal

Sekumpulan enam pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pasir Salak mencipta kejayaan membanggakan apabila berjaya menghasilkan kapsul kalsium daripada tulang ikan bandar raya yang...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd