Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

“Sudah Hampir Tujuh Tahun..”- Pencetak Harakah Geram! Dakwa PAS Liat Bayar Hutang

Bekas pencetak Harakah sekali lagi membangkitkan suara berhubung kegagalana parti PAS melunaskan hutang tertunggak, lapor Malaysiakini.

Pengurus N.A.J. Press Resources (M) Sdn Bhd, Hussin Jan, meluahkan rasa geram melihat sikap kepimpinan PAS yang didakwa ‘hidup mewah’. Namun, gagal bertanggungjawab untuk membayar hutang Harakah yang tertunggak.

“Mereka pakai kereta mewah, boleh buat Muktamar di Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam dengan bayaran sudah tentu mencecah puluhan ribu ringgit.
“Tetapim soal hutang, mereka tak ambil berat untuk diselesaikan. Sudah hampir tujuh tahun hutang tertunggak, tak dibayar sepenuhnya,”katanya, hari ini.
PAS tak bayar hutang lagi?

Kredit Foto: Azneal Ishak| Malaysiakini

Sebelum ini, isu hutang membabitkan Harakah dan pencetak berkenaan pernah dibangkitkan sekitar Ogos 2019. Ia membabitkan hutang Harakah dengan dua syarikat iaitu Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd (Angkatan Edaran) dan N.A.J. Press Resources (M) Sdn Bhd.

Tak nak bayar sebab syarikat dah bankrap?

Lapor Malaysiakini, Angkatan Edaran sudah muflis dan pihak pengurusan sama menubuhkan N.A.J. Press Resources (M) Sdn Bhd sebagai pengganti dan terus mencetak Harakah pada ketika itu.

Bagaimanapun, hutang Harakah dengan Angkatan Edaran yang telah muflis lebih banyak hingga mencecah nilai jutaan ringgit berbanding hutang dengan N.A.J. Resources hanya lebih RM600,000.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hussin berkata, PAS dan Harakah enggan membayar hutangnya dengan Angkatan Edaran atas alasan syarikat itu telah pun gulung tikar.

Tambahnya, syarikat tersebut menanggung beban hutang dengan pembekal kerana Harakah tidak mahu menjelaskan hutangnya.

“Dalam keadaan ekonomi yang sukar ini kita perlukan sumber kewangan segera sebagai modal pusingan untuk teruskan perniagaan.
“Pemimpin PAS kononnya mengaku mengikut al-Quran, hadis, ijma’ ulama sebagai panduan, tetapi sebaliknya menggunakan hukum sekular dan ketepikan hukum Islam kerana enggan bayar hutang,”bidasnya, menurut laporan.
PAS tak bayar hutang lagi?

Pengurus N.A.J. Press Resources (M) Sdn Bhd, Hussin Jan | Kredit Foto: Malaysiakini

Dah kemuka tuntutan terhadap PAS dan penerbit Harakah

Peguam mewakili N.A.J. Resources, Putra Taulan Rasul berkata, pihaknya telah mengemukakan tuntutan terhadap PAS, Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin H

Sementara itu, peguam mewakili N.A.J. Resources, Putra Taulan Rasul ketika dihubungi berkata, pihaknya sudah mengemukakan tuntutan terhadap PAS, Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan dan penerbit Harakah iaitu Galeri Media Serbanika Sdn Bhd.

“Pihak kami juga sudah memfailkan permohonan penghakiman terus kepada mahkamah dalam usaha menyelesaikan tuntutan anak guam dan menunggu keputusan mahkamah,” katanya.

Lapor Malaysiakini, mereka sedang mendapatkan respon daripada pihak PAS dan Harakah berhubung dakwaan tersebut.

Sumber: Malaysiakini (M Faizal Ghazali)
Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang lelaki tidak dapat menahan kekecewaan apabila isterinya dicekup dipercayai berkhalwat bersama seorang lelaki lain di sebuah rumah di sini, semalam. Kejadian kira-kira jam...

Sosial

Seorang individu di platform Threads tampil mendedahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan tindakan seorang lelaki mengasari isterinya di sebuah kawasan premis perniagaan. Berdasarkan...

Lokal

Seorang anggota tentera wanita dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini selepas mengaku bersalah melakukan amang seksual terhadap anak...

Sosial

Seorang anak meluahkan rasa hiba atas pemergian bapanya, dipercayai akibat motosikal ditunggang arwah terperosok bawah sebuah lori dalam kejadian di Lebuhraya Pasir Gudang, Iskandar...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd