Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Suami ‘Dimadukan’ Tanpa Sedar, Dua Wanita Berstatus Isteri Senyap-Senyap Kahwin Lagi

Dua wanita berstatus isteri di Mamuju, Provinsi Sulawesi Barat, Indonesia kini menjadi tular gara-gara berkahwin lain tanpa pengetahuan suami masing-masing.

Memetik laporan Globalsurbar, jurucakap pihak berkuasa, Iptu H Muhtar menyifatkan ia sebagai ‘kes unik’ dan jarang berlaku memandangkan masalah nikah tanpa izin pasangan biasanya ditimbulkan oleh para suami.

“Pasangan suami isteri dilarang terlibat perselingkuhan atau menikah dengan orang lain tanpa izin. Jika hal sedemikian berlaku dan pasangan mereka membuat aduan, hukuman akan dibuat berdasarkan undang-undang zina,” katanya baru-baru ini.

Foto: Globalsurbar

Maklumat yang diperoleh mendapati kedua-duanya menjadi pasangan jarak jauh selama dua tahun dan lelaki tersebut pulang ke pangkuan isterinya untuk meraikan lebaran bersama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Perbuatan wanita pertama dikenali sebagai R, 50, di Binanga Mamuju terbongkar selepas suaminya S, 50, yang baru pulang merantau dari Kalimantan membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Dalam pada itu, kes kedua berlaku pada pasangan suami isteri yang masing-masing berusia 35 tahun di Karema, dimana seorang lelaki yang dikenali sebagai H bertindak melaporkan kepada pihak berkuasa tentang perbuatan S yang tergamak ‘memadukannya’.

Walau bagaimanapun, difahamkan tiada tuntutan cerai yang dikemukakan kedua-dua individu tersebut.

Sumber: Globalsurbar

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Firdaus Rostam

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Penulis dan pembuat kandungan sains, Zamir Mohyedin, menjadi tular selepas perkongsian ilmiahnya mengenai lukisan gua berusia kira-kira 67,800 tahun di Indonesia disalah tafsir segelintir...

Lokal

Warganegara Malaysia yang kerap ulang alik Singapura melebihi lapan kali sebulan ditafsirkan sebagai bekerja di luar negara dan tidak layak menerima Sumbangan Tunai Rahmah...

Lokal

Bekas Panglima Tentera Darat, Tan Sri Mohammad Hafizuddeain Jantan, hari ini menafikan dakwaan memakai jam tangan mewah berjenama Patek Philippe yang didakwa bernilai ratusan...

Lokal

Seorang pekerja pemasaran sebuah bengkel kenderaan hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kulim atas tuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian tiga...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd