Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Status Agama 2 Beradik Lemas Disiasat, Bapa Dakwa Sudah Islamkan Tapi Tiada Rekod

Tragedi menyayat hati di Port Dickson yang mengorbankan dua beradik selepas kereta dinaiki mereka sekeluarga terjunam ke dalam Sungai Linggi di Jeti Tanjung Agas kelmarin kini timbul persoalan mengenai status agama mangsa.

Status agama 2 beradik tiada dalam rekod JHEAINS

Memetik laporan daripada Kosmo! Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Mohd. Asri Abdullah memaklumkan pihaknya sudah menerima permohonan daripada polis bagi mengenal pasti status agama dua beradik tersebut.

“Suspek lelaki yang dipercayai bapa mangsa menyatakan kedua-dua anaknya itu telah diislamkan di Kelantan.
Bagaimanapun hasil semakan dengan jabatan agama di Kelantan, tiada rekod dua beradik itu. Di pihak kita juga, tiada rekod menyatakan dua beradik yang maut ini beragama Islam,” ujarnya.

status agama

Status agama juga tiada di Kelantan seperti dakwaan bapa

Jelas beliau, setakat ini pihak mereka hanya bergantung kepada pengakuan daripada ibu kandung kedua-dua mangsa yang dipercayai berbangsa lain.

Buat masa ini kita bergantung kepada pengakuan daripada suspek serta ibu kandung dua beradik berkenaan yang dipercayai berbangsa lain.
Kita sedang tunggu pengesahan lanjut, sekiranya beragama Islam kita akan uruskan pengebumian,” katanya ketika dihubungi.

Artikel lain: Dua Beradik Lemas: Bapa & Seorang Wanita Ditahan, Beri Keterangan Meragukan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum ini, dua beradik berkenaan meninggal dunia selepas kereta jenis Nissan Teana yang dinaiki bersama ibu dan bapa mereka terjunam ke dalam sungai kira-kira jam 11.44 pagi.

Kes ini kini disiasat sebagai kes bunuh selepas polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 46 tahun dipercayai bapa mangsa serta seorang wanita tempatan berusia 41 tahun.

Sumber: Kosmo! (Nor Ainna Hamzah)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Rakaman dashcam yang dikongsi di Facebook Muhd Khairul Hakimin mengundang sebak ramai apabila memperlihatkan detik menyayat hati dipercayai sebuah keluarga tiga beranak terlibat dalam...

Sosial

Demonstrasi besar-besaran di Jakarta bukan sahaja mencuri tumpuan tempatan malah turut mengundang reaksi daripada rakyat Malaysia yang tampil menyatakan solidariti dengan cara tersendiri. Indonesia...

Nasional

Negeri Sembilan menerima pengiktirafan sebagai Negeri Paling Progresif di Malaysia untuk tahun 2024 melalui anugerah The International Business Review (IBR) ASEAN Awards 2025. Menteri...

Politik

Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Hafez Sabri tampil memohon maaf dan mengakui kekhilafan berhubung hantaran di Facebook miliknya yang tular sejak semalam berkaitan cubaan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd