Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Mahkamah Rayuan Tolak Rayuan Akhir, Siti Bainun Kekal Dipenjara 12 Tahun

Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman penjara 12 tahun terhadap pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali kerana mengabai serta menganiaya remaja perempuan sindrom Down dikenali sebagai Bella, empat tahun lepas.

Keputusan itu dibuat selepas panel tiga hakim terdiri daripada Hakim Datuk Azman Abdullah, Datuk Azmi Ariffin dan Datuk Hayatul Akmal Abdul Aziz menolak rayuan akhir Siti Bainun, 33, terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 tahun yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 3 Mei 2023.

Siti Bainun kekal dipenjara 12 tahun

Siti Bainun kekal dipenjara 12 tahun

Foto: Bernama

Siti Bainun didapati bersalah atas dua pertuduhan, iaitu mengabai dan menganiaya Bella, 13, sehingga mengakibatkan remaja perempuan sindrom Down itu mengalami kecederaan fizikal serta emosi di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021.

Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya.

Hakim Azman ketika menyampaikan keputusan sebulat suara itu berkata mahkamah mendapati tiada apa-apa kekhilafan dari segi fakta dan undang-undang yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi atas dapatan terperinci Hakim Mahkamah Sesyen.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Kerajaan Berjaya Peroleh Semula RM29.7 Bilion Berkaitan 1MDB, SRC – PM Anwar

Siti Bainun kekal dipenjara 12 tahun

Foto: Bernama

“Setelah meneliti keseluruhan keterangan pihak pendakwaan dan pembelaan, kami dapati pihak pendakwaan telah membuktikan kenya atas kedua-dua pertuduhan melampaui keraguan munasabah dan perayu (Siti Bainun) gagal untuk menimbulkan apa-apa keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. Dengan ini, sabitan bagi kedua-dua pertuduhan adalah selamat untuk dikekalkan. Rayuan terhadap sabitan ditolak,” katanya.

Hakim Azman, yang mengekalkan hukuman penjara itu berkata mangsa (Bella) mengalami kecederaan semasa berada di bawah jagaan perayu.

“Perayu yang diamanahkan untuk menjaga mangsa sepatutnya mengasihani mangsa yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU). Bukan setakat sesama manusia sahaja, tetapi haiwan pun tidak terfikir dengan akal yang waras untuk mendatangkan kecederaan sepertimana yang berlaku terhadap mangsa,” katanya.

Sumber: Bernama

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Tular di media sosial, seorang wanita membuat teguran secara terbuka terhadap pasangan yang didakwa sebagai kekasih di sebuah restoran makanan ringan di Setiawangsa. Menerusi...

Lokal

Tular di media sosial apabila seorang suami terkejut mendakwa terpaksa berkongsi kasih dengan lelaki lain apabila mengetahui dirinya telah dimadukan. Kejadian yang berlaku di...

Sosial

Tular kisah seorang lelaki dikenali sebagai Syed yang mendakwa dirinya ditipu selepas berkahwin dengan wanita bergelar isteri orang.Namun kini, suami pertama wanita terbabit, Baki,...

Lokal

Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) mendedahkan tahap kecintaan terhadap tanah air dalam kalangan pelajar sekolah pondok di Kelantan masih rendah, hasil pemantauan dan program turun...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd