Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Sheikh Jassim ‘Owner’ Baharu Manchester United, Beli Pada Harga RM35.58 Bilion

Keluarga Diraja Qatar, Sheikh Jassim dikatakan bakal mengambil alih kelab gergasi, Manchester United bernilai £6 bilion (RM35.58 bilion) menjelang pertengahan Oktober depan.

Menurut laporan Harian Metro, Sjeikh Jassim telah berjaya mengatasi bilionair British Sir Jim Ratcliffe yang difahamkan mahu mengekalkan keluarga Glazer sebagai pemilikan saham di Red Devils.

Pengambil alihan Sheikh Jassim terhadap MU bakal menamatkan  penguasaan 18 tahun keluarga Glazer manakala penyokong United berharap penjualan 100 peratus bagi menghapuskan terus ‘legasi’ pemilik dari Amerika Syarikat itu.

Bukan itu sahaja, figura senior Old Trafford telah memberi amaran kepada Keluarga Glazer mahu meneruskan pegangan saham kerana bimbang dengan tindak balas penyokong.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sheikh Jassim pula akan melangsaikan janjinya sebelum ini yang mahu membayar hutang United berjumlah £725 juta (RM4.29 bilion) serta menaik taraf Old Trafford dan pusat latihan Carrington selain meneruskan pelaburan dalam pasukan.

Secara tidak langsung, spekulasi penjualan kelab itu sejak November telah terjawab apabila tarikh sudah ditetapkan dan pengumuman mungkin seawal bulan depan mengenai pemilikan baharu Manchester United.

Sumber: Harian Metro

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Tiga beranak ditemukan meninggal dunia dalam rumah mereka di Kampung Belau, Merbok, Sungai Petani tengah malam tadi, lapor BH Online. Ketiga-tiga mereka ialah pasangan...

Sosial

Tindakan seorang remaja lelaki yang setia menjaga kedua ibu bapanya yang merupakan orang kurang upaya (OKU) menyentuh hati ramai selepas kisah mereka dikongsikan oleh...

Lokal

Trend menyewa kenderaan pelbagai guna (MPV) mewah untuk pulang beraya semakin mendapat sambutan, apabila kebanyakan syarikat sewa kereta melaporkan semua unit mereka habis ditempah....

Sosial

Seorang wanita dikecam netizen di media sosial susulam membuat siaran langsung di platform TikTok sambil menunjukkan tingkah laku berahi. Buat aksi tidak senonoh dalam...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd