Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Serbuan Mengejut Sauna ‘Lelaki’: 201 Individu Ditahan Termasuk 17 Penjawat Awam

Sebuah gimnasium dan sauna dua tingkat di kawasan Chow Kit bertukar kecoh malam tadi apabila pasukan KL Strike Force bersama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melakukan serbuan selepas dua minggu risikan dijalankan.

Pengunjung sauna berusia 19-60 tahun

Memetik laporan daripada Harian Metro,  Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd Azani Omar menyatakan serbuan itu membawa kepada penahanan 201 pengunjung, termasuk 17 penjawat awam serta individu berusia antara 19 hingga 60 tahun.

Turut ditahan, 24 warga asing yang didapati berada di premis ketika operasi dijalankan.

Serbuan Mengejut Sauna

Sauna tersbut dipercayai jalankan aktiviti tak bermoral

Beliau berkata premis berkenaan dipercayai sudah beroperasi lapan hingga 10 bulan dan menjadi lokasi tumpuan untuk golongan lelaki berjumpa serta berinteraksi antara satu sama lain.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Pihak polis turut merampas sejumlah kondom dan beberapa barangan berkaitan aktiviti tidak bermoral,” katanya ketika ditemui di lokasi serbuan.

Diminta tanggal pakaian dan hanya bekalkan tuala putih

Hasil pemeriksaan mendapati pengunjung perlu membayar RM35 untuk masuk dan tambahan RM10 bagi pendaftaran pelanggan kali pertama.

Bahagian bawah premis digunakan sebagai gimnasium, manakala tingkat atas dilengkapi sauna, tab mandi dan sebuah bilik yang digelar ‘dark room’.

Setiap pengunjung juga diminta menanggalkan pakaian dan hanya dibekalkan tuala putih sebelum masuk ke kawasan sauna.

Artikel lain: Suami Isteri Mohon Maaf Selepas Isu Tumbler RM75 Hilang Di Kereta Api Tular

Advertisement. Scroll to continue reading.

Secara keseluruhan, 201 pengunjung dan tujuh pekerja dibawa ke balai polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

Pihak berkuasa memaklumkan siasatan lanjut masih diteruskan untuk mengenal pasti peranan semua individu terbabit.

Sumber: Harian Metro (Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Keterjaminan Makanan Dan Komoditi Negeri Terengganu, Dato’ Dr Azman Ibrahim memaklumkan bahawa tiada ladang ternakan babi beroperasi...

Sosial

Permulaan tahun 2026 dilihat kurang baik bagi usahawan terkenal, Ojen Aiwah apabila sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap jurulatih kecergasan, Tareq Fit susulan kenyataan yang...

Sosial

Personaliti media sosial, Tareq Fit, tampil mempertahankan dirinya selepas timbul dakwaan bahawa kenyataan serta kandungan dimuat naik olehnya menjejaskan nama baik sebuah perniagaan milik...

Lokal

Sekolah Kebangsaan (SK) Tebing Rebak di sini menyaksikan hanya seorang murid mendaftar bagi sesi Tahun 1 tahun 2026 semalam. Raissyah Aafiyah Rahmat, 7, memulakan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd