Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Satu-Satunya Bangsa Cina, Lelaki Minat Jadi Tentera Berjaya Tamat Kursus Asas Komando GGK

Leftenan Muda Chan Min Youn menjadi satu-satunya penuntut berbangsa Cina yang menamatkan Kursus Asas Komando Gerup Gerak Khas (GGK) setelah 12 minggu mengharungi pelbagai peringkat latihan, baru-baru ini.

Menerusi Facebook Berita Tentera Darat Malaysia, majlis itu telah dirasmikan oleh Panglima 21 Gerup Gerak Khas (21 GGK) merangkap Pengerusi Gerak Khas, Mej Jen Adi Ridzwan Abdullah.

Foto: FB Berita Tentera Darat Malaysia

Chan memberitahu, dirinya mahu menjadi seorang pegawai tentera disebabkan minat dan ingin berkhidmat kepada negara yang tercinta.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya berasal daripada Rejimen 515 Askar Wataniah (AW), namun saya tidak ada pengetahuan pun mengenai komando. Ketika berada di 515 AW, di situlah saya mula ‘berpijak’ dalam dunia ketenteraan.
“Apabila mengenali dunia komando, saya nak cabar diri saya untuk menyertai komando dan tunjukkan kepada diri saya walaupun saya  anggota Askar Wataniah, saya pun boleh jadi seorang komando,” ujarnya  sewaktu Perbarisan Penganugerahan Beret Hijau Gerak Khas serta Pisau Komando.

Foto: FB Berita Tentera Darat Malaysia

Chan menjelaskan dirinya komited untuk terus berkhidmat sebagai seorang komando untuk menambah ilmu pengetahuan secara berterusan.

“Saya berharap dapat terus berkhidmat sebagai seorang komando dan menjadi seorang komando yang berkualiti dan menjaga nama baik komando sehingga akhir hayat saya,” katanya lagi.

Chan telah dianugerahkan beret hijau bersama-sama 69 penuntut lain menerusi Kursus Asas Komando Siri AK/1/2024 di Pantai Betutu Laut, Sungai Udang pada 28 April.

Untuk rekod, Chan merupakan pegawai daripada Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja (2 RRD) sebelum menyertai Kursus Asas Komando GGK pada tahun ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Facebook Berita Tentera Darat Malaysia

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Seramai 500 hingga 800 keluarga dalam kalangan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka menerima manfaat menerusi pelaksanaan Program Cakna Autisme ATM yang diperkenalkan oleh...

Lokal

Ibu kepada bayi berusia tujuh bulan yang maut dalam kemalangan melibatkan motosikal dan kereta di simpang Jalan Bunga Kertas, Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada...

Lokal

Seorang lelaki R. Ganesalingam, 49, didakwa di Mahkamah Majistret Klang hari ini atas tuduhan membunuh seorang penembak bermotosikal dalam insiden di Kapar yang tular...

Lokal

Kerajaan Kelantan mengisytiharkan hari Khamis, 19 Mac sebagai cuti hari kelepasan am bagi seluruh negeri sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Menteri Besar...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd