Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Ingat Pesan Ibu, Dua Beradik Salam & Cium Bapa Terlantar Sakit Sebelum Ke Sekolah – “Periksa CCTV, Auto Sebak”

Tular sebuah video memaparkan momen menyentuh hati apabila dua orang kanak-kanak lelaki dilihat bersalaman dan mencium bapa mereka yang terlantar sakit sebelum berangkat ke sekolah.

Salam & cium bapa terlantar sakit sebelum ke sekolah

Ibu dua beradik itu, @norhafizahatikah memuat naik video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumah mereka dengan kapsyen mengundang sebak apatah lagi anak-anak mendengar pesanannya sebelum pergi menuntut ilmu.

bapa terlantar sakit

“Ibu periksa CCTV auto sebak. Ibu selalu pesan sebelum pergi sekolah salam ayah dulu, minta ayah doakan walaupun ayah tak boleh cakap tapi ayah boleh dengar. Walau kalian tak macam keluarga lain, tapi percayalah ayah sentiasa mendoakan,” tulis Norhafizah Atikah yang dipercayai ibu kepada lapan orang anak.

Difahamkan, punca ketidakupayaan fizikal itu berlaku apabila suaminya tidak mampu bergerak sebelum tidak sedarkan diri, lalu Norhafizah bergegas ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

@norhafizahatikah

♬ Tiada Pengganti – BitoBeyto

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Malam tu semuanya nampak biasa je. Kami sempat keluar makan, balik rumah terus tidur. Tapi sekitar pukul 4 pagi, tiba-tiba dia menjerit panggil saya. Dia cakap badan tiba-tiba ketika pusing badan, tak boleh bangun. Lepas tu terus tak sedarkan diri. Sampai di hospital, tekanan darah dia mencecah 249,” katanya menjawab soalan netizen di ruangan komen.

Artikel lain: Dua Beradik Tolak Kerusi Roda Bapa Di Bawah Terik Matahari Cetus Sebak

Kisah bapa terlantar sakit buat netizen sebak!

Momen menerusi CCTV itu ternyata cukup meruntun hati warganet, dimana ramai yang tersentuh dengan kasih sayang anak-anak terhadap bapa mereka meskipun diuji dengan kesihatan yang tidak mengizinkan.

bapa terlantar sakit

bapa terlantar sakit

Malah, terdapat juga segelintir individu berkongsi kisah ahli keluarga mereka yang mengalami strok sekali gus membuatkan masing-masing tabah menghadapi ujian ditetapkan Allah SWT.

bapa terlantar sakit

Video berdurasi 45 saat ini bukan sahaja mengundang rasa simpati, tetapi juga menjadi peringatan buat orang ramai agar menghargai ibu bapa selagi mereka masih ada.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: TikTok @norhafizahatikah

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Abdul Rahman Amir Ruddin, 21, atau Aman, anak sulung pasangan yang terkorban dalam tragedi kemalangan maut meragut enam nyawa di Kilometer 5, Jalan Segamat–Kuantan...

Sosial

Doktor dan pempengaruh media sosial, Dr. Malar Santhi Santherasegapan tampil memohon maaf secara terbuka susulan kontroversi kenyataannya yang didakwa merendahkan individu berkelulusan Sijil Pelajaran...

Lokal

Penemuan seorang bayi lelaki yang ditinggalkan di belakang sebuah rumah di Kampung Alor Lintang, Kampung Raja pada Ahad lalu membawa kepada pendedahan kes sumbang...

Sosial

Tular di media sosial satu insiden melibatkan seorang kanak-kanak perempuan bertongkat yang dilihat berdiri di dalam tren Rapid KL tanpa dipelawa duduk oleh penumpang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd