Rapper terkenal Britain, Central Cee, 27, mengesahkan beliau telah memeluk agama Islam dan menukar namanya semasa siaran langsung baru-baru ini.
Central Cee, nama lahir Oakley Neil Caesar-Su, memberitahu penonton di siaran langsung tersebut bahawa dirinya telah mengucap dua kalimah syahadah dan menyatakan nama pertamanya kini adalah Aqeel.
“Saya baru menukar nama dan mengucap syahadah, saya kini seorang Muslim,” ujarnya.
Rapper terkenal Britain buat pengumuman sewaktu siaran langsung
Pengumuman itu dibuat semasa penstriman langsung yang dikendalikan PlaqueBoyMax, secara sederhana tanpa sebarang ulasan keagamaan panjang daripada artis itu sendiri.
Rakan-rakan yang hadir hanya mengucapkan tahniah secara senyap, menekankan bahawa ia adalah keputusan peribadi dan bukan untuk publisiti.
Rapper terkenal Britain dedah nama pertama
Sebelum ini, Central Cee tidak pernah bercakap secara terbuka mengenai pegangan agamanya.
Namun, beberapa peminat membuat spekulasi selepas beliau memuat naik hantaran bertulisan Arab di Instagram pada 2023 yang bermaksud, “Aku berlindung kepada ALLAH dari syaitan yang terkutuk,” menimbulkan tanda tanya sama ada dia telah memeluk Islam secara peribadi.
Berita itu disambut baik oleh komuniti Muslim di seluruh dunia di media sosial, yang memuji cara Central Cee berkongsi keputusan penting ini dengan rendah hati dan tanpa sensasi.
Artikel lain: Ibu Baru Peluk Islam, Pempengaruh Muka Gengster Kongsi Momen Sebak Tunai Umrah Bersama
Perkembangan ini turut menambah senarai selebriti antarabangsa yang secara terbuka memeluk Islam dalam beberapa tahun kebelakangan ini, menekankan trend meningkatnya kesedaran dan penerimaan terhadap Islam dalam kalangan masyarakat global.
Sumber: Daily Times







































